nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

3 ketetapan dukung aspirasi semua kaum

2 MAC : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu menggariskan tiga isbat atau ketetapan bagi mendukung aspirasi yang diutarakan oleh semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata, ketiga-tiga isbat itu melibatkan usaha memperkukuh pasak ekonomi negara, memperkukuh kerukunan tatakelola dan institusi serta menegakkan keadilan sosial.

“Isbat memperkukuh pasak ekonomi negara perlu memfokuskan beberapa pemacu utama melibatkan usaha mengukuhkan daya saing, meningkatkan penskalaan, meningkatkan dan mengekalkan pemilikan ekuiti, mencipta kekayaan, membangunkan bakat, meningkatkan pendapatan dan menoktahkan kemiskinan tegar.

“Di bawah isbat ini, saya berharap agar golongan bumiputera dapat meningkatkan taraf sosioekonomi ke landasan yang lebih baik dalam mendepani cabaran dan peluang masa hadapan,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini, lapor Bernama.

Pada masa sama, Anwar berkata isbat kedua iaitu memperkukuh kerukunan tatakelola dan institusi akan memberi penekanan kepada penghayatan dan falsafah bumiputera.

Beliau berkata, ia termasuk pengukuhan penyampaian perkhidmatan dan peningkatan penyertaan syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat milik kerajaan (SOE) yang perlu diberi tumpuan khusus.

Malah, Perdana Menteri berkata etika kerja dan nilai integriti yang tinggi perlu diterapkan dalam tata kelola dan institusi negara.

Dengan pelaksanaan ini, adalah diharap kita semua bersama-sama menganjakkan paradigma penyampaian perkhidmatan ke tahap yang lebih baik demi kemaslahatan sejagat,” katanya.

Bagi isbat ketiga pula, iaitu menegakkan keadilan sosial, Anwar berkata, ia perlu memberi tumpuan untuk menyokong anjakan mobiliti sosial, meningkatkan kesaksamaan peluang dan memperluas jaringan perlindungan sosial.

Beliau berkata antara bidang yang memerlukan penelitian khusus merangkumi ekosistem pendidikan, perkhidmatan kesihatan, perumahan dan akses kepada infrastruktur asas yang berkualiti.

“Selain itu, usaha untuk meningkatkan sosioekonomi Orang Asli serta keseimbangan pembangunan di Sabah dan Sarawak harus diberi tumpuan. Pelaksanaan isbat ketiga ini diharap dapat memberikan hak dan perlindungan yang lebih saksama kepada masyarakat,” katanya.

Mengenai KEB 2024, Anwar berkata kesemua intipati hasil kongres itu akan dicerakin untuk diterjemahkan ke dalam hala tuju Agenda Baharu Pemerkasaan Bumiputera yang akan dirangka untuk tempoh 10 tahun akan datang dan dijangka diluncurkan pada Jun ini.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.