nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tahap sensitiviti rakyat semakin menurun

3 APR : Tahap sensitiviti rakyat Malaysia dilihat semakin menurun meski sudah lama hidup dalam masyarakat berbilang bangsa.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan kebimbangan itu susulan insiden penjualan stoking tertera kalimah ALLAH yang mencetuskan polemik sehingga kini.

Tegasnya, semua pihak seharusnya menghormati satu sama lain selain memahami budaya setiap bangsa bagi mengelak perkara sama berulang.

“Macam soal agama bukan setakat Islam sahaja tidak boleh disentuh, agama orang lain pun kita perlu hormat. Tak boleh kata mereka kena hormat kita sahaja, kita pun kena hormat dia dan kadang-kadang kena letak diri kita dalam diri orang lain.

“Soal kesucian agama adalah soal yang tidak boleh dikompromi oleh mana-mana agama. Saya yakin jika gambar tuhan agama lain juga diletakkan di stoking, agama lain juga tidak boleh berkompromi. Jadi semua pihak mesti berhati-hati dalam perkara yang membabitkan agama,” katanya lapor FMT.

Sebelum ini video dan tangkap layar gambar stoking yang tertera kalimah Allah tular menerusi media sosial yang didakwa dijual di sebuah kedai rangkaian serbaneka sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam.

Pada 16 Mac lepas pengendali kedai rangkaian serbaneka itu memohon maaf susulan video tular penjualan stoking yang tertera kalimah Allah itu di cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Isu berkenaan semakin panas apabila tiga cawangan kedai serbaneka itu dibaling molotov cocktail.

Dalam pada itu, Ismail Sabri mengajak rakyat di negara ini untuk kembali bersatu dan mengambil mesej Keluarga Malaysia yang diperkenalkan ketika pentadbirannya sebelum ini.

“Disebabkan itu saya memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia supaya dapat hidup seperti sebuah keluarga menyayangi dan menghormati satu sama lain.

“Kepelbagaian ini satu keunikan yang sepatutnya dirai dan menjadi kebanggaan rakyat kita,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.