nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Cadangan tambah baik gaji penjawat awam diumum 1 Mei

19 APR : Kerajaan akan mengumumkan cadangan penambahbaikan struktur gaji penjawat awam pada perhimpunan Hari Pekerja, 1 Mei depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024, hari ini.

“Insya-Allah, cadangan penambahbaikan termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan saya umumkan pada perhimpunan Hari Pekerja nanti.

“Semoga usaha ini menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya melalui hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Anwar mengesahkan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sudah berada di peringkat akhir bagi meningkatkan kadar upah penjawat awam di negara ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, SSPA baharu itu dijangka bakal diumumkan sebelum akhir tahun ini.

Mengulas soal mesyuarat tersebut, Anwar berkata penambahbaikan struktur gaji baharu penjawat awam hampir dimuktamadkan dan bakal diputuskan pada mesyuarat jemaah menteri.

“Saya ingin tegaskan komitmen kerajaan untuk menyelesaikan usaha menambah baik struktur gaji penjawat awam yang dilaksanakan menerusi Kajian SSPA, di sebalik ekonomi negara yang mencabar kesan ketidaktentuan geopolitik dunia.

“Kerajaan mengambil pendirian dan tanggungjawab ini mengambil kira tekanan kos sara hidup bagi penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah,” katanya.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.