nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengurusan, tatakelola baik manfaatkan pekerja

26 APR : Syarikat yang mempunyai pengurusan dan tatakelola baik dapat memberi manfaat kepada pekerja apabila mampu menawarkan gaji lebih lumayan dan setimpal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amalan ketelusan boleh mengelakkan pembaziran yang sekali gus mampu memberi pulangan upah lebih baik kepada pekerja.

“Kesediaan kita bekerja sebagai satu pasukan dengan prinsip ketelusan mampu mengelak pembaziran. Kita boleh selamatkan negara dan beri habuan dan pulangan upah kepada pekerja.

“Jangan kita remehkan soal ini kerana ada keluarga yang berhak diberi perhatian dan pertimbangan.

“Kerana keputusan kita cermat, berhemah, urus dengan baik dan telus, ia akan menjamin masa depan lebih baik kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kampus dan Upacara Pecah Tanah Simulasi Penerbangan Akademi Malaysia Airlines Bhd (MAB), hari ini.

Anwar berharap Malaysia Aviation Group (MAG), Khazanah Nasional dan Kementerian Pengangkutan terus menjalin kerjasama serta bekerja sebagai satu pasukan yang telus.

“Sekarang ini, ada beberapa kalangan termasuk pembangkang mempertikai peranan dan pendirian kita untuk mengekalkan tatakelola serta ketelusan selain mengapa kita memerangi rasuah dan pastikan kaedah betul.

“Tetapi, akibatnya (tiada tatakelola) ialah negara terbelit hutang besar, MAS (Malaysia Airlines) robek selain pegawai termasuk dari juruterbang hingga juruteknik, semua terkesan kerana tiada pendapatan.

“Ia ialah kesan daripada tindakan tamak oleh sesuatu kumpulan yang memberi kerosakan kepada negara, syarikat dan kakitangan,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Tegasnya, Kerajaan MADANI hari ini mewajibkan tatakelola diperbetulkan supaya dapat memberikan manfaat setimpal kepada pekerja yang sentiasa menyampaikan perkhidmatan cemerlang.

Dalam pada itu, Anwar mahu MAG menerapkan soal nilai, kemanusian, ehsan, rahmah, transformasi digital, transisi tenaga dan pelan infrastrukur baik dalam pengurusan.

*Foto: Bernama

Get real time updates directly on you device, subscribe now.