nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anwar tekan kepentingan lanjut gencatan senjata di Myanmar

18 APR : Myanmar dilihat cenderung untuk melanjutkan gencatan senjata bagi memberi laluan bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di negara berkenaan dapat disalurkan tanpa sekatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan komitmen itu diberi kedua-dua pemimpin negara tersebut kepadanya dalam dua pertemuan berasingan di Bangkok.

Semalam, Anwar bertemu Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing.

Hari ini, beliau bermesyuarat secara maya dengan pemimpin Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar, Mahn Win Khaing Than.

“Saya lihat ada kecenderungan (dari pemimpin Myanmar) untuk meneruskan gencatan senjata kerana itu juga prasyarat untuk semua bantuan kemanusiaan, tetapi mereka sebut peristiwa letupan itu berlaku, kita berharap ia dapat ditangani dengan baik.

“Apakah ada pertemuan (dengan pemimpin Myanmar)? Kemungkinan besar memang kita akan teruskan perundingan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengakhiri lawatan kerja ke Thailand, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata dalam dua mesyuarat itu beliau menyuarakan kepentingan gencatan senjata dan kebenaran kepada bantuan kemanusiaan disalurkan ke seluruh Myanmar tanpa mengira lokasi atau pendirian politik selari pendirian ASEAN.

Jelasnya, Min Aung Hlaing dan Mahn Win Khaing Than memberi jaminan tersebut.

“ASEAN mahu kedamaian disegerakan, ASEAN mahu bantu membangunkan semula Myanmar dan jika boleh Myanmar kembali untuk bersama (ASEAN).

“Rundingan awal bersama pemimpin SAC dan NUG ini sangat berjaya,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata, negara anggota ASEAN turut akan menghulurkan bantuan kemanusiaan bagi membina semula Myanmar.

“Saya akan segera menghubungi rakan di ASEAN untuk memaklumkan mereka dan menggalakkan bantuan kemanusiaan disalurkan.

“Selain (ASEAN) memantau dan memastikan komitmen terhadap gencatan senjata dan mengelakkan sebarang provokasi yang tidak perlu, kerana jika tidak, seluruh bantuan kemanusiaan ini akan gagal,” katanya.

Kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.7 skala richter yang tercetus 28 Mac lalu mengorbankan lebih 3,700 orang sementara 5,000 cedera dan 130 lagi hilang.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.