nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan salah guna ayat al-Quran, hadis dalam berpolitik

21 APR : Semua pihak diingatkan agar tidak menyalahgunakan ayat suci al-Quran dan hadis dalam berpolitik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar membuat teguran itu, hari ini selepas merasmikan ibu pejabat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM).

Menurutnya, sebarang pandangan berkait hukum boleh dirujuk kepada pihak berkuasa agama.

“Pada sayalah, kalau ia melibatkan pandangan hukum, sebaik-baiknya elak sebarang kekeliruan dalam kalangan rakyat.

“Kalau melibatkan satu pandangan hukum, boleh rujuk kepada jabatan mufti dan negeri-negeri sebab ini pihak yang berautoriti.

“Cuma, jangan salah gunakan untuk kepentingan politik, ini yang paling utama,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri dan persmian ibu pejabat YAPEIM itu, hari ini.

Beliau diminta mengulas soal tindakan pemimpin parti politik yang sering menggunakan agama sebagai bahan kempen di pentas ceramah.

Sebelumnya, Mohd Na’im dalam satu kenyataan di Facebook hari ini mengingatkan semua pihak agar tidak terburu-buru mengeluarkan pandangan hukum tanpa merujuk kepada pihak berautoriti.

Respons itu merujuk kepada kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang memberi isyarat agar umat Islam mengutamakan kemenangan politik dipercayai melibatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning 26 April ini dan perlu menangguhkan hasrat menunaikan umrah serta haji.

Ahli Parlimen Maran itu berkata ketetapan berkenaan dibuat dengan mengambil ibrah peristiwa Rasulullah SAW dihalang melaksanakan umrah hingga termeterainya perjanjian Hudaibiyah.

Kata Abdul Hadi, kemenangan politik tidak boleh ditangguhkan dan Islam perlu berkuasa, seiring firman Allah SWT yang mahu dunia diperintah menerusi ajaran Islam.

Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata hukum agama memerlukan penelitian mendalam, kefahaman menyeluruh serta disiplin ilmu yang tinggi.

“Saya mengambil maklum perbincangan yang sedang hangat dalam kalangan masyarakat berkaitan hukum menunaikan ibadah haji semasa musim pilihan raya berbanding tanggungjawab mengundi.

“Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan semua pihak agar tidak terburu-buru mengeluarkan pandangan hukum secara individu tanpa merujuk kepada pihak berautoriti seperti para mufti,” katanya.

Beliau turut mengingatkan kepentingan menjaga ketertiban masyarakat dan tidak mencetuskan kekeliruan yang boleh mengganggu keharmonian, apatah lagi apabila ia melibatkan ibadah yang merupakan rukun Islam serta proses demokrasi yang penting bagi negara.

“Saya menyeru semua pihak agar bertenang dan memberi ruang kepada pihak mufti serta institusi berwibawa untuk memberikan pandangan dan penjelasan berdasarkan hukum syarak dan konteks semasa.

“Marilah kita mengutamakan ilmu dan adab dalam membincangkan isu-isu agama, serta sentiasa merujuk kepada saluran yang betul demi menjaga kesucian Islam dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

*Foto : Facebook Dato’ Setia Dr. Naim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.