26 APR : Calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir disahkan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dengan majoriti 5,006 undi.
Keputusan rasmi itu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebentar tadi.
Setiausaha UMNO Bahagian Tapah itu meraih 11,065 undi menewaskan pencabar dekatnya, calon Perikatan Nasional (PN) Abdul Muhaimin yang memperoleh 6,059 undi.
Sementara seorang lagi calon, Bawani KS dari parti PSM mendapat 1,106 undi.
Menurut SPR, peratusan keluar mengundi dalam PRK kali ini 57.15 peratus.
BN berjaya menambah bilangan majoriti daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di mana penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin meraih 2,213 undi dalam pertandingan lima penjuru.
PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian Ishsam yang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menyertai perlawanan bola sepak persahabatan di Pulau Pinang pada 22 Februari lalu.