Harga petrol, diesel kekal seluruh negara hingga 7 Mei
30 APR : Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak kekal hingga 7 Mei ini.
Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan, hari ini.
Harga RON97 kekal pada kadar RM3.18 seliter dan RON95 RM2.05 seliter sementara diesel RM2.88 seliter.
Dalam pada itu, harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.
Menurut MOF, penetapan kadar harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut MOF.