nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Wanita PKR, AMK juga sokong Izzah tanding Timbalan Presiden

7 MEI : Setelah beberapa cabang PKR menyatakan sokongan kepada pencalonan Nurul Izzah Anwar untuk jawatan Timbalan Presiden, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR turut melakukan hal sama.

Ketua Wanita, Fadhlina Sidek berkata beliau menyatakan sokongan penuh terhadap pencalonan Nurul Izzah dan menyifatkan ia bertepatan dengan kehendak akar rumput parti yang inginkan perubahan berpaksikan kestabilan, kesinambungan dan kesetiaan kepada parti.

“Saudari Nurul Izzah adalah tokoh pimpinan muda yang lahir dalam arus centang perenang ketika PKR membina kekuatan di akar umbi. Beliau ada di setiap fasa, bermula dari gelombang merakyatkan reformasi, penubuhan parti PKR, mencipta sejarah sebagai pasukan pembangkang terkuat dalam sejarah Negara sehinggalah pembentukan Kerajaan MADANI.

“Mengangkat saudari Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden juga adalah cerminan kesungguhan parti PKR untuk meneruskan tekad Islahiyy, memperkukuh parti, mengangkat keterlibatan pimpinan muda dan wanita dalam agenda pemberdayaan rejuvenasi politik negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Menteri Pendidikan itu, Nurul Izzah dilihat cukup istiqamah berjuang dalam isu-isu kemanusiaan dan pemberdayaan wanita di peringkat antarabangsa.

“Sebagai seorang rakan anggota parti, saya telah melihat kepimpinan Nurul Izzah dalam memimpin parti dan memenangi pilihanraya selaku pengarah JPRP.

“Komitmen beliau yang cukup vokal dalam isu Palestin, kemiskinan multi dimensi, keselamatan wanita, keluarga dan kanak-kanak menjadikan beliau pemimpin figura yang diperlukan parti.

“Sebahagian besar akar umbi parti telah menyatakan sokongan penuh kepada Nurul Izzah untuk bertanding dan berfungsi secara efektif dengan ‘letak duduk’ sebagai orang dua dalam parti,” katanya.

Tegasnya, pencalonan itu bukan soal anak siapa atau gender namun ini soal kelangsungan parti keramat yang memerlukan tokoh rejuvenasi parti.

Sementara itu, Ketua AMK, Adam Adli Abdul Halim yang juga menyuarakan sokongan berkata pencalonan Nurul Izzah sebagai orang nombor dua parti itu bukan soal individu, tetapi langkah strategik untuk memperkukuhkan barisan kepimpinan masa hadapan parti.

Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata dalam suasana politik yang semakin kompleks, Nurul Izzah jadi sosok yang bukan sahaja berwibawa dan berprinsip tetapi mampu meniupkan semangat reformasi ke generasi baharu, melintasi pelbagai latar yang ada.

“PKR sudah melahirkan pelbagai lapis generasi dan latar sejak awal penubuhannya. Kepelbagaian ini turut mencipta banyak jurang, lantas menuntut kita untuk mengangkat pemimpin yang paling berkesan dalam merapatkan jurang-jurang ini samada jurang generasi mahupun jurang gender.

“Semua dari kita perlu menyatakan sikap. Maka selepas membuat sebaik-baik penilaian, tanpa hilang rasa hormat kepada mana-mana pimpinan parti – saya dengan ini ikut menyokong pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden dalam Pemilihan 2025,” katanya.

Nurul Izzah sebelum ini mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan PKR yang akan berlangsung 24 Mei ini.

*Foto utama : Facebook Fadhlina Sidek

*Foto : Facebook Adam Adli

Get real time updates directly on you device, subscribe now.