nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lebih 99,000 kes HFMD dilaporkan, naik 266 peratus

12 MEI : Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) merekodkan peningkatan 266 peratus (%) di seluruh negara sehingga 26 April lalu.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan 99,601 kes dicatatkan tahun ini sehingga minggu epidemiologi (ME) ke-17 berbanding 27,236 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Menurut KKM, 10,421 kes atau 10% adalah berkaitan wabak manakala 89,180 kes lagi berlaku secara sporadik namun tiada kematian direkodkan setakat ini.

“Lima negeri mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu Selangor (27.2 peratus), diikuti Johor (9.9 peratus), Perak (9.4 peratus), Kelantan (7.2 peratus) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 6.9 peratus.

“Secara kumulatif, terdapat 2,649 wabak berbanding 1,339 wabak bagi tempoh yang sama pada 2024 iaitu peningkatan sebanyak 49 peratus. Daripada keseluruhan wabak ini, sebanyak 578 berlaku di taska (22 peratus), 480 di tadika (18 peratus), 292 di tabika (11 peratus) dan 251 di prasekolah (sembilan peratus),” menurut KKM.

Menurut kementerian itu, pemeriksaan dijalankan ke atas 38,285 premis di seluruh negara melibatkan taska, tadika, tabika, prasekolah serta rumah kediaman.

Daripada jumlah itu, 1,140 premis diarah tutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 manakala 430 premis ditutup secara sukarela.

Dalam pada itu, KKM berkata pihaknya melalui Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sudah menjalankan sebanyak 220 sesi libat urus serta taklimat di seluruh negara untuk memberi pendidikan kesihatan bagi membendung penularan HFMD.

KKM menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar mengamalkan langkah pencegahan seperti mencuci tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas, serta memastikan alat permainan, bilik air dan barangan yang kerap disentuh kanak-kanak dibersihkan secara berkala bagi membendung penularan HFMD.

“Barangan peribadi seperti cawan, tuala dan berus gigi tidak boleh dikongsi. Kanak-kanak bergejala perlu segera mendapatkan rawatan dan dilarang menghadiri pusat jagaan atau tempat awam untuk mengelakkan penularan jangkitan HFMD,” kata KKM lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.