nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemilihan: Ahli diingatkan tidak melampau, keruhkan keadaan

12 MEI : Pemilihan PKR bagi tahun ini merupakan medan untuk ‘rakan-rakan yang setia’ dalam parti .

Perkara itu ditegaskan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah di Tawau pada Ahad.

Anwar yang juga Perdana Menteri sempat mengingatkan agar kesemua calon pada pemilihan itu disantuni dengan baik supaya semangat persaudaraan dalam kalangan ahli parti kekal utuh.

“Pemilihan ini antara rakan-rakan setia, yang banyak tokoh reformasi. Oleh itu, kita kena jaga supaya tidak terlanjur kerana kita mahukan untuk kita rangkul sebagai satu kekuatan,” katanya.

Menurut Anwar, setiap penyokong juga diingatkan agar tidak melampau hingga mengeruhkan keadaan.

“Ini persaudaraan yang harus diperkukuh…selesai sahaja Kongres (Kongres Nasional PKR) kita harus bekerja sebagai satu pasukan yang padu,” katanya.

Pada Sabtu, secara tidak rasmi, Anwar kekal Presiden parti untuk penggal 2025-2028 selepas hanya beliau satu-satunya calon menamakan diri bagi jawatan itu sehingga pencalonan tamat.

Sementara itu, jawatan nombor dua parti menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Nurul Izzah Anwar dengan penyandangnya, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Bagi jawatan Naib Presiden, sebanyak 12 pencalonan diterima termasuk nama-nama besar dalam Kabinet.

Sementara Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim juga menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) selepas tidak dicabar sesiapa.

Manakala Fadhlina Sidek yang mempertahankan jawatan Ketua Wanita PKR dicabar Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.

Proses bantahan ditetapkan pada 11 dan 12 Mei ini, diikuti rayuan bantahan (13-14 Mei), tarikh akhir penarikan diri (14 Mei), senarai muktamad calon (15 Mei), tempoh kempen (15-22 Mei) dan pengundian pada 23 Mei.

Kongres Nasional PKR termasuk Kongres AMK dan Kongres Wanita dijadual berlangsung 21 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru.

*Foto : Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Get real time updates directly on you device, subscribe now.