12 MEI : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual ke Rusia untuk lawatan rasmi bagi atas undangan Presiden Vladimir Putin mulai esok hingga 16 Mei ini.
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata lawatan itu merangkumi kunjungan ke Moscow dan Kazan, Tatarstan.
“Semasa di Moscow, Perdana Menteri akan berucap di Moscow State Institute of International Relations University (MGIMO).
“Mengadakan perjumpaan dengan ahli perniagaan Rusia dan perjumapaan dengan diaspora Malaysia di Moscow,” katanya dalam sesi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri disiarkan di Facebook Anwar Ibrahim, hari ini.
Sementara itu, menurut Tunku Nashrul, lawatan Anwar ke Kazan pula Anwar akan berucap pada Forum Ekonomi Antarabangsa Kazan (Kazan Forum) ke-16.
“Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama semasa sesi plenari Kazan Forum dan menyampaikan ucapan dalam mesyuarat strategic vision group,” katanya.
Tunku Nashrul berkata, Anwar juga akan bertemu Ketua Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov dalam lawatan itu.