nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO cadang tubuh Institut Pemikiran Tun Abdullah Ahmad Badawi

12 MEI : UMNO mencadangkan agar ditubuhkan Institut Pemikiran Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadi pusat penyelidikan dan kajian politik di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata idea itu sebagai salah satu inisiatif pihaknya mengabadikan jasa bekas Perdana Menteri Malaysia Kelima itu.

“Selain menjadikannya pusat pimpinan di bawah UMNO, kita juga mahu menghargai dan mengabadikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Ia juga boleh dijadikan rujukan bagi penyelidik dan pengkaji sejarah sepanjang 79 tahun perjuangan UMNO.

“Insya-Allah, tahun hadapan kita akan meraikan ulang tahun UMNO yang ke-80 dan isytiharkan ketika itu,” katanya.

Namun katanya, cadangan itu perlu dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, bulan depan terlebih dahulu.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pemasyhuran MRSM Kepala Batas kepada MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata UMNO akan menghidupkan semula pusat kaji selidiknya yang sudah tidak aktif dengan menggunakan nama Tun Abdullah.

Justeru itu, Ahmad Zahid berkata beliau sudah mengarahkan Setiausaha Agong UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengadakan seminar pemikiran Abdullah dalam terdekat dengan kumpulan intelektual, sejarawan, ahli profesional khususnya dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO.

“Ia bagi mencungkil fikrah beliau (Tun Abdullah) menjadi PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik), Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Timbalan Menteri hingga Perdana Menteri,” katanya.

*Foto : Facebook Zahid Hamidi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.