14 MEI : Bekas Presiden Uruguay, Jose ‘Pepe’ Mujica yang terkenal dengan jolokan ‘presiden termiskin di dunia’ meninggal dunia akibat kanser pada usia 89 tahun.
Mujica ketika pentadbirannya dari 2010 hingga 2015 dikenali dengan kehidupan sederhana meski menjawat sebagai presiden di mana mendiang menyerahkan sebahagian besar gajinya kepada badan kebajikan.
Januari lalu, beliau mengumumkan penyakit dihidapinya itu sudah merebak dan beliau memilih untuk menghentikan rawatan.
Presiden Uruguay, Yamandu Orsi mengumumkan berita duka itu melalui satu hantaran di paltform X.
“Dengan rasa sedih yang mendalam, kami mengumumkan pemergian rakan seperjuangan kami, Mujica. Seorang presiden, aktivis, penunjuk jalan dan pemimpin.
“Kami akan merindui kamu, sahabat lama,” katanya.
Kerajaan Uruguay turut mengumumkan negara itu akan berkabung selama tiga hari atas pemergian Mujica.
Jasad Mujica akan dibawa ke Istana Kehakiman hari ini untuk penghormatan terakhir.
Semasa hayatnya, Mujica menjalani kehidupan sederhana di ladangnya bersama isteri, Lucia Topolanskyla.