nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerjasama negara Islam penting dalam inovasi berdaya maju

16 MEI : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan kerjasama antara negara-negara Islam dalam aspek inovasi berdaya maju.

Beliau menyatakan pandangan itu ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Digitalisation: New Reality and Additional Opportunities for Expanding Cooperation‘ pada Forum Ekonomi Antarabangsa Rusia-Dunia Islam ke-16 (KazanForum 2025) di Kazan, hari ini.

Menurut Anwar, dunia Islam perlu proaktif membangun produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan masyarakat.

“Kewangan Islam bukan soal menerima pakai apa yang anda panggil sebagai bebas riba, tetapi untuk memasuki inovasi baharu supaya ia menawarkan alternatif dan berdaya maju dari segi ekonomi untuk dunia Islam dan juga penyertaan orang bukan Islam dalam masyarakat kita dan di negara bukan Islam.

“Lebih daripada itu, seperti yang kita tahu, ada cabaran baharu iaitu peralihan tenaga. Malaysia bertuah kerana kita ada dalam kalangan jiran kami dalam ASEAN, hubungan yang sangat baik berdasarkan kepercayaan dan bekerjasama. Seperti yang anda ketahui, ASEAN merupakan salah satu wilayah yang paling aman di dunia, salah satu wilayah yang paling rancak dan dinamik dari segi ekonomi.

“Kami untuk memulakan beberapa langkah praktikal, seperti grid kuasa ASEAN yang melintasi dari Vietnam ke Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia, Singapura, dan Sarawak Sabah, Indonesia, ke Filipina, Brunei juga. Anda boleh lihat, semangat bekerjasama dalam kalangan negara Islam, negara jiran akan membantu untuk meningkatkan taraf hidup setiap anggota mansyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata ketika dunia sedang berlumba menguasai AI, dunia Islam berada pada posisi penting untuk mengambil pendekatan yang berteraskan nilai dan watak.

Katanya, AI harus diterima pakai dengan kompas moral yang jelas bagi memastikan keselamatan ekonomi, identiti dan nilai.

“Saya tidak bercakap tentang asas ekonomi, peralihan tenaga dan transformasi digital tanpa adanya nilai dan watak yang menjadi ikutan. Apa yang penting, bagaimana kita menghormati, mencintai dan mengikuti contoh Muhammad SAW? Menerusi nilai dan perwatakan.

“Jadi isu di hadapan kita, untuk golongan muda, dan untuk kita juga, adalah untuk memastikan bahawa terdapat perbezaan. Nilai kekeluargaan adalah penting. Amanah, keadilan, kehormatan, maruah manusia adalah penting.

“Itulah sebabnya kita menolak ketiadaan kod moral, hipokrasi yang menyebabkan ribuan orang, wanita dan kanak-kanak dibunuh setiap hari di Gaza. kenapa? Kerana kita percaya pada maruah manusia, tidak kira sama ada mereka Islam atau bukan Islam,” katanya.

*Foto : Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Get real time updates directly on you device, subscribe now.