Tak pernah beli beras, Menteri Pertanian Jepun letak jawatan

21 MEI : Gara-gara mengaku tidak pernah membeli beras, Menteri Pertanian Jepun, Taku Eto dikecam dan hari ini beliau memutuskan untuk meletak jawatan.
Eto mendakwa menerima terlalu banyak beras seccara percuma daripada penyokongnya.
Kenyataan itu jelsa mencetus kemarahan rakyat negara itu yang kini sedang berdepan kenaikan mendadak harga makanan terutama beras yang menjadi makanan utama.
“Saya baru sahaja menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri (Shigeru) Ishiba,” kata Eto kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Perdana Menteri.
Terdauhulu, Eto melahirkan simpati terhadap kesusahan dihadapi rakyat Jepun namun ketika berucap dalam satu perhimpunan hujung minggu lalu, beliau menyatakan tidak pernah membeli beras sendiri kerana penyokong memberi begitu banyak hingga beliau hampir boleh menjualnya.
Kerajaan Jepun sudah mengeluarkan sebahagian stok simpanan kecemasan beras dalam beberapa bulan kebelakangan ini bagi menampung krisis beras itu susulan penignkatan harga hampir dua kali ganda berbanding tahun lalu.
Faktor menyumbang kepada kekurangan beras di Jepun termasuk hasil tuaian yang merosot akibat cuaca panas pada 2023 dan pembelian panik susulan amaran akan berlaku ‘gempa bumi mega’ tahun lalu.
Eto kemudiannya cuba menarik balik kenyataan itu dengan mengatakan beliau telah membuat kenyataan yang keterlaluan dan dimarahi isterinya.
“Isteri saya memberitahu bahawa dia ada membeli beras apabila bekalan beras sumbangan habis,” katanya.
Selain itu, semalam dilaporkan Ishiba menegur Eto dengan kata-kata yang amat keras.