nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perjuangan reformasi perlu diteruskan, pesan Anwar

24 MEI : Kesemua ahli PKR diingatkan agar meneruskan perjuangan reformasi meski kini parti itu sudah berada dalam tampuk pemerintahan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ahli PKR mesti menjadi benteng menolak politik kebencian yang hanya akan melemahkan negara.

“Ucapan ini saya sampaikan bukan sekadar sebagai rangkuman dasar-dasar kerajaan tetapi sebagai seruan dan tekad perjuangan untuk memastikan PKR terus menjadi obor harapan rakyat.

“Saya menegaskan bahawa perjuangan reformasi mesti diteruskan tanpa gentar, memperkukuh integriti, menolak rasuah dalam apa jua bentuk dan memastikan tadbir urus negara berteraskan prinsip keadilan, ketelusan dan akauntabiliti.

“Kita mesti menjadi benteng yang tegas menolak politik kebencian, fitnah, dan perkauman sempit yang hanya memecah belahkan rakyat dan melemahkan negara,” katanya.

Anwar yang juga Perdana Menteri berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau menyampaikan pesanan itu ketika berucap merasmikan Kongres Nasional di Johor Bahru, malam tadi.

Dalam hantaran sama, Anwar berkata beliau turut mengajak seluruh kepimpinan dan ahli PKR untuk terus menjadi suara rakyat yang menderita, pembela kepada yang lemah dan penegak kepada nilai kebenaran meski jalannya tidak mudah serta perjuangannya panjang.

Selain itu, Menteri Kewangan itu turut menekankan kepentingan untuk terus mendukung pencapaian dan hala tuju Ekonomi MADANI.

Ini termasuk peningkatan pelaburan asing dan domestik yang memacu pertumbuhan ekonomi mapan; reformasi subsidi bersasar yang lebih adil dan menyeluruh; usaha mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak demi kemampanan jangka panjang; serta tumpuan khusus kepada kesejahteraan rakyat termasuk peningkatan gaji penjawat awam dan perlindungan kepada golongan miskin.

“Kerajaan MADANI akan terus memacu reformasi struktur yang memperkukuh sektor pendidikan, kesihatan, dan perumahan rakyat.

“Inisiatif seperti Program Sumbangan Tunai Rahmah, serta pelbagai kemudahan asas luar bandar, adalah manifestasi komitmen kita untuk membela nasib rakyat terbanyak,” katanya.

Beliau turut mengambil kesempatan itu untuk merakamkan penghargaan kepada tokoh-tokoh PKR seperti Datuk Seri  Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar yang tidak pernah berhenti menyumbang tenaga dan idea demi parti dan rakyat.

“Perbezaan pandangan harus diraikan dengan hikmah, bukan dijadikan alasan untuk memecahbelahkan. Kita bukan musuh antara satu sama lain sebaliknya saudara dalam perjuangan yang sama.

“Reformasi bukan soal gopoh atau populariti semata. Ia menuntut kebijaksanaan, kesabaran, dan strategi yang jelas. Kita harus belajar dari tokoh sejarah seperti Umar Abdul Aziz dan Václav Havel yang membuktikan bahawa perubahan yang bertahan adalah perubahan yang dilakukan dengan kesungguhan dan hikmah,” katanya.

Beliau turut menyeru semua pimpinan dan anggota PKR untuk memperkuat organisasi, memperluas jaringan dan mempersiapkan diri menghadapi pilihan raya yang akan datang.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.