nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tarif AS: Malaysia kekal jalin hubungan dagang dengan AS

24 MEI : Malaysia kekal bebas dan berdaulat untuk menjalin hubungan dengan mana-mana negara demi kepentingan rakyat termasuk Amerika Syarikat (AS) meski kini berdepan isu tarif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata AS merupakan rakan dagang paling kukuh yang memberikan pelaburan tertinggi ke negara ini.

Namun kata Anwar yang juga Menteri Kewangan, isu tarif itu akan ditangani melalui rundingan bersama beberapa negara lain termasuk China, Korea dan Jepun.

“Semalam (kelmarin) Majlis Perniagaan AS-ASEAN dengan pelabur tertinggi menemui saya dan mereka memaklumkan apa pun pertembungan dan permasalahan tarif serta geopolitik, mereka akan tetap menggesa supaya syarikat mereka untuk terus kekal berkembang di negara ini.

“Malah, rundingan bersama Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan negara ASEAN yang diadakan di Kuala Lumpur juga adakan kesepakatan bagi meneruskan rundingan bilateral tetapi dengan pendirian ASEAN yang jelas.

“Kita sepakat untuk menolak unilateralism, mendukung multilateralism serta menangani masalah tarif ini dengan suara yang jelas dengan bekerjasama antara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PKR, malam tadi.

Menurut Anwar, Malaysia perlu terus bergerak membina kekuatan dalaman termasuk kestabilan politik bagi mendepani isu tarif yang dikenakan AS ke atas negara ini.

“Seperti mana saya sebut, jangan kita tentang keputusan tarif, kita kena bina kekuatan dalaman seperti politik harus stabil, dasar perlu jelas, pimpinan politik, penjawat awam dan sektor syarikat ini harus bekerja lebih keras untuk menerima sebarang perubahan,” katanya.

Terdahulu, pentadbiran Donald Trump menangguhkan pelaksanaan tarif itu selama 90 hari bagi membenarkan rundingan dijalankan.

*Foto : Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Get real time updates directly on you device, subscribe now.