25 MEI : Hari Raya Aidiladha dijangka jatuh pada 6 Jun ini bagi kebanyakan negara Islam.
Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Abu Dhabi dilaporkan berkata anak bulan yang menandakan permulaan Zulhijjah 1446H dijangka dapat dilihat pada 27 Mei ini, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Menurut pengarahnya, Mohammad Shawkat Odeh, anak bulan tersebut boleh dilihat melalui teleskop di beberapa bahagian Asia Tengah dan Barat, kebanyakan wilayah di Afrika dan Eropah.
Namun bagi beberapa bahagian benua Amerika, anak bulan itu dapat dilihat tanpa bantuan teleskop, kata Mohammad Shawkat.
Sementara itu, mengikut kiraan astronomi tarikh 28 Mei dijangka menjadi hari pertama Zulhijah yang menjadikan Aidiladha jatuh pada hari ke-10 iaitu 6 Jun, lapor Bernama.