nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia sokong syor Laos segerakan Grid Tenaga ASEAN fasa 2

25 MEI : Malaysia menyokong cadangan Laos untuk disegerakan projek Grid Tenaga ASEAN fasa kedua.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan dikemukakan Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone itu akan dibincang pada pemukiman pemimpin ASEAN kelak.

“Fasa pertama projek membabitkan kabel dasar laut dari Vietnam ke Utara Semenanjung, namun saya bersetuju dengan Perdana Menteri Laos bahawa kita harus mempercepatkan fasa kedua.

“Ia bagi membolehkan Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia dan Singapura turut menerima manfaatnya,” katanya pada sidang media bersama Siphandone sempena lawatan rasmi rakan sejawatnya itu ke Malaysia, hari ini.

Siphandone yang memulakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia sejak semalam diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, diikuti dengan mesyuarat bilateral bersama Anwar.

Selain itu, Anwar dan Siphandone sekali lagi mengulang sokongan terhadap keanggotaan penuh Timor-Leste ke dalam blok ASEAN yang diharapkan dapat dimuktamadkan menjelang Oktober ini.

Terdahulu, kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran Memorandum Kerjasama (MoC) antara Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dan Thanaleng Dry Port (TDP).

*Foto : Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan mereka turut membincangkan tentang situasi di Myanmar sambil menyeru gencatan senjata serta-merta.

“Mereka perlu terus menerima bantuan kemanusiaan dan semua pihak di Myanmar harus menghormati keperluan untuk keamanan dan gencatan senjata serta-merta.

“Seterusnya berusaha melalui mekanisme dan persefahaman ASEAN dengan merujuk kepada Konsensus Lima Perkara yang sudah dipersetujui negara-negara ASEAN,” katanya.

Sementara itu, Anwar dalam hantaran di Facebook memaklumkan Malaysia dan Laos sepakat untuk meningkatkan hubungan dua hala.

“Kesempatan yang ada ini juga, saya maklumkan bahawa kedua-dua negara sepakat untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala khususnya bakal menyambut ulangtahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Demokratik Rakyat Lao tahun hadapan,” katanya.

Dalam hantaran sama, Anwar juga membangkitkan tentang kemajuan projek Grid Tenaga ASEAN yang dijangka siap tahun ini.

“Turut disentuh dan diperhalusi secara kesepakatan adalah membangunkan ASEAN Power Grid yang akan melalui Laos, Kemboja dan Thailand menuju ke Semenanjung Malaysia dan Singapura, Pelabuhan Darat di Perlis dan Pelabuhan Thanaleng di Laos yang kini menunjukkan kemajuan pesat dan dijangka siap tahun ini.

“Kami juga membincangkan isu tenaga kerja, digitalisasi, kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, tenaga alternatif serta nadir bumi,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.