nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Golongan belia rakan setara bentuk masa depan ASEAN

26 MEI : Belia bukan sekadar pewaris namun golongan ini juga rakan setara dalam membentuk masa depan ASEAN.

Perkara itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ketika sesi libat urus dengan delegasi belia ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Saya bersama para pemimpin ASEAN berpeluang mengadakan sesi libat urus bersama delegasi belia ASEAN.

“Saya tegaskan bahawa golongan ini bukan sekadar pewaris masa depan, namun bertindak selaku rakan setara dalam membentuk masa depan ASEAN. Suara, semangat dan daya juang mereka adalah denyut nadi kepada hala tuju rantau kita,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata golongan belia merupakan aset paling berharga dan pembawa harapan dalam menghadapi tantangan semasa.

Katanya, peranan golongan itu tidak boleh dinafikan dan perlu diberi kedudukan sewajarnya di barisan hadapan.

“Golongan belia ASEAN adalah aset paling berharga dan pembawa harapan serta keberanian dalam menghadapi tantangan semasa antaranya akses kepada pendidikan berkualiti, peluang pekerjaan yang setara, impak perubahan iklim dan cabaran serta peluang daripada revolusi kecerdasan buatan (AI).

“Kita tidak harus menidakkan peranan mereka, sebaliknya golongan ini mesti diberi peranan sewajarnya di barisan hadapan. Dalam dunia yang sedang berubah pantas, kreativiti, keberanian dan idealisme anak muda adalah kekuatan yang tidak ternilai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh soal Rangka Kerja Pelan Tindakan Belia ASEAN yang menjadi panduan dalam menangani isu-isu kritikal ini.

“Saya dan seluruh pimpinan ASEAN beriltizam untuk memastikan pandangan dan idea golongan beliau rantau ini diberi perhatian sewajarnya,” katanya.

*Foto : Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Sebelum ini, Pelan Kerja ASEAN 2021-2025 menumpu kepada memperkasa golongan belia dengan kemahiran abad ke-21 serta kemahiran digital, di samping mengukuhkan pembabitan mereka dalam perbincangan dasar secara berinstitusi bagi membentuk generasi masa depan yang mampu memacu kemajuan ASEAN.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.