nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Krisis Myanmar: Libat urus secara senyap amat bermakna

26 MEI : ASEAN di bawah kepengerusian Malaysia tahun ini berjaya mencapai titik positif dalam rangka mencari penyelesaian terhadap konflik di Myanmar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia hasil penubuhan kumpulan penasihat tidak rasmi untuk kepengerusian Malaysia yang dipimpin bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.

“Sejak mesyuarat ketiga di di Bangkok, kita mencatat kemajuan dalam usaha menyelesaikan krisis di Myanmar dan pertemuan seterusnya akan dianjurkan bekas Perdana Menteri Kemboja, Samdech Hun Sen.

“Saya ingin menegaskan bahawa sepanjang proses ini, libat urus secara senyap amat bermakna.

“Langkah yang diambil mungkin kecil dan jambatan yang dibina mungkin rapuh tetapi dalam hal-hal berkaitan keamanan, jambatan yang rapuh tetap lebih baik daripada jurang yang semakin melebar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pembukaan Sesi Plenari Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di ibu negara, hari ini.

Anwar sempat menzahirkan penghargaan atas semangat kebersamaan yang ditonjolkan negara anggota ASEAN dalam membentuk persefahaman bersama bagi mendepani cabaran semasa.

“Perlu diberi perhatian adalah tindak balas pantas kami dalam menangani tarif Amerika Syarikat (AS) dengan penubuhan Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN sebagai langkah perlu. Bukan sahaja untuk penyelarasan tetapi untuk menunjukkan resolusi dan keyakinan,” katanya.

Dalam ucapan sama, Anwar berkata berkata prinsip bagi menjamin pertumbuhan yang adil, mampan dan berdaya tahan perlu menjadi teras kepada agenda dan visi ASEAN.

Katanya, Malaysia terus komited dalam menjayakan agenda serta visi itu sebagai Pengerusi ASEAN.

“Atas semangat inilah Malaysia, sebagai Pengerusi tahun ini, memperjuangkan tema ‘Keterangkuman dan Kelestarian’. Ia adalah cadangan strategik dan dipacu nilai.

“Ia bukan saja soal aspirasi kita tetapi juga kewajipan kita. Ia bersandarkan pada keyakinan bahawa masa depan ASEAN mesti bergantung pada tonggak bersama iaitu pertumbuhan yang saksama, mampan dan daya tahan yang berkekalan,” katanya.

Foto : Facebook ASEAN

Aturcara hari ini dimulakan dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 (Pleno), diikuti perbincangan pemimpin berkait cabaran semasa, keutamaan strategik dan usaha memperkukuh perpaduan serantau.

Kemuncak acara hari ini adalah pemeteraian Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama yang menjadi penanda aras strategik dalam membentuk fasa seterusnya pembangunan Komuniti ASEAN.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.