nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-Indonesia teraju Majlis Halal ASEAN

26 MEI : Malaysia dan Indonesia menzahirkan komitmen kukuh untuk melonjakkan kerjasama halal ke tahap lebih tinggi dengan menerajui Majis Halal ASEAN.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kedua-dua negara menumpu kepada memperkukuh kedudukan produk halal kedua-dua negara di pasaran serantau dan global.

Menurutnya, penubuhan Majlis Halal ASEAN pada tahun ini akan menjadi platform strategik untuk penyelarasan dasar, standard, dan piawaian halal negara-negara ASEAN secara sistematik dan inklusif.

Kata Ahmad Zahid, inisiatif itu akan memastikan ASEAN menjadi peneraju dalam ekosistem halal global dengan piawaian yang diiktiraf dunia.

Selain itu, kata Ahmad Zahid, kedua-dua negara juga bersetuju untuk membuka laluan kemasukan produk halal dan memperluas pengiktirafan bersama sijil halal.

“Langkah ini akan mewujudkan aliran perdagangan halal yang lebih lancar dan mesra industri serta menyokong peningkatan perdagangan intra-ASEAN. Ini dijangka memberi impak positif terhadap permintaan pasaran halal di ASEAN yang mewakili lebih 700 juta penduduk,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kesepakatan itu dicapai dalam pertemuan strategik Ahmad Zahid dengan Ketua Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Indonesia, Haikal Hassan Baras di Kuala Lumpur bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, hari ini.

Katanya, pertemuan itu merupakan kesinambungan daripada lawatan rasminya ke Indonesia baru-baru ini yang menjadi titik tolak kepada kerjasama baharu yang lebih mendalam antara Malaysia dan Indonesia dalam menerajui pembangunan industri halal serantau.

Dalam pada itu, kata Ahmad Zahid, sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal (MPIH), Malaysia akan terus mempergiatkan usaha kerjasama dalam aspek pensijilan, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan tenaga kerja halal.

“Malaysia turut menyokong penuh program pertukaran kepakaran, latihan bersama dan penyelidikan kolaboratif dalam memperkukuh rantaian nilai halal ASEAN,” katanya.

Menurutnya, dengan nilai pasaran halal global yang dijangka mencecah AS$5 trilion menjelang 2030, ASEAN mesti tampil sebagai peneraju ekosistem halal serantau yang saling melengkapi dan berdaya saing.

“Melalui penubuhan Majlis Halal ASEAN, kita akan memastikan ASEAN bukan sahaja menjadi hab halal global yang berdaya saing, inklusif, dan mampan, tetapi juga menjadi model dalam memimpin industri halal dunia dengan integriti dan piawaian yang tinggi.

“Kerjasama ini juga akan menjadi testimoni kejayaan ‘Halal Diplomacy’ yang diperkenalkan Malaysia untuk memperkukuh jenama halal negara di peringkat global,” katanya.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.