nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

ASEAN perlu teguh bina masa depan inklusif, berdaya tahan

27 MEI : Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan harapan agar ASEAN akan terus berdiri teguh bersama dalam perpaduan.

Pada masa sama, ASEAN dan rakan-rakan anggotanya saling menghormati demi membina masa depan yang inklusif, berdaya tahan dan berpandangan jauh, titah baginda.

Titah baginda, Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Ke-2 serta Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China berlangsung pada waktu yang penuh dengan cabaran dan kompleksiti global.

“Malaysia amat berbesar hati menjadi tuan rumah kepada sidang-sidang kemuncak yang penting ini, mencerminkan komitmen bersama untuk memajukan keamanan, kemakmuran dan perkongsian di rantau ini dan seterusnya.

“Semoga masa anda di sini dapat memperkukuh lagi ikatan persahabatan dan kerjasama yang menyatukan kita semua,” titah baginda dalam kenyataan di siar di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Titah Diraja ketika Majlis Santapan Diraja yang dihoskan baginda di Istana Negara, hari ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Ke-2 serta Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin-pemimpin tertinggi ASEAN dan negara GCC, China serta Timor-Leste.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berlangsung di Kuala Lumpur selama dua hari sejak semalam serta Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang diadakan buat julung-julung kalinya.

*Foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Get real time updates directly on you device, subscribe now.