nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerjasama ASEAN-GCC kini lebih signifikan

27 MEI : Kerjasama antara ASEAN dengan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) kini dilihat lebih signifikan berbanding sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan itu dilihat dalam mendepani landskap global yang kian kompleks, ekonomi yang tidak menentu serta cabaran geopolitik.

Justeru itu katanya, kedua-dua rantau ini perlu memiliki hubungan yang lebih kukuh dalam usaha mengeratkan lagi kerjasama antara wilayah serta membina ketahanan.

Dalam pada itu katanya, perbincangan dalam Sidang Kemuncak ASEAN-GCC kedua itu penting bagi memastikan perkongsian kekal dinamik, responsif dan berimpak.

“Berdasarkan pengalaman kami di rantau ini, adalah sesuatu yang luar biasa untuk kita dapat menghimpunkan bukan saja pemimpin ASEAN, tetapi juga negara GCC yang paling dinamik ke rantau ini untuk bekerjasama, membina kepercayaan, kerjasama dan melalui persahabatan.

“Marilah kita menggunakan Sidang Kemuncak hari ini untuk menegaskan semula cita-cita kolektif kita dan menterjemahkan visi bersama ke dalam kerjasama yang konkrit dan berimpak.

“ASEAN dan GCC mempunyai kemampuan serta tanggungjawab untuk bangkit sebagai sauh kestabilan dan pemangkin pertumbuhan masa depan.

“Saya menantikan pertukaran pandangan yang bermakna yang akan membuka jalan kepada inisiatif nyata di bawah kerjasama kita yang semakin kukuh dan berterusan,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan sempena Sidang Kemuncak ASEAN-GCC kedua yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Kerangka Kerjasama ASEAN-GCC 2024–2028 yang dimeterai dalam Sidang Kemuncak pertama di Riyadh menjadi panduan penting untuk memperkukuh kerjasama dalam ketiga-tiga tonggak yakni politik dan keselamatan, ekonomi, sosial dan budaya.

Tahun lalu, GCC merupakan rakan dagang ketujuh terbesar ASEAN dengan jumlah dagangan mencecah AS$130.7 bilion.

Aliran pelaburan juga menunjukkan peningkatan yang menjadi petanda jelas keyakinan terhadap masa depan kerjasama ini.

*Foto : Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Persidangan bersejarah itu menghimpunkan pemimpin dari negara-negara ASEAN dan GCC iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Qatar, Bahrain dan Oman.

Antara pemimpin GCC yang hadir adalah Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud; Ahli Majlis Tertinggi UAE dan Pemerintah Ras Al Khaimah (RAK), Sheikh Saud bin Saqr Al Qasimi; Putera Mahkota Kuwait, Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah; Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani; Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa dan Timbalan Perdana Menteri Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Kerjasama Oman, Sayyid Asaad bin Tarik al Said.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.