28 MEI : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan sudah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran diri dua menteri Kabinet.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan memaklumkan ia melibatkan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menurut PMO, Anwar bersetuju meluluskan permohonan cuti kedua-dua menteri berkenaan setelah meneliti surat tersebut.
“Sebarang keputusan lanjut terkait perkara ini akan dimaklumkan kemudian oleh Perdana Menteri,” kata PMO dalam satu kenyataan ringkas, malam ini.
Terdahulu, dua menteri tersebut mengumumkan peletakan jawatan masing-masing berkuat kuasa Jun dan Julai selepas kekalahan mereka dalam Pemilihan PKR, baru-baru ini.
*OLEH : HANUM RAJAK