nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia bangga Sidang Kemuncak ASEAN tuai pujian luar

29 MEI : Penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang melabuhkan tirainya semalam dinoktahkan dengan penuh rasa bangga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi rasa hatinya selepas menerima pujian daripada ketua-ketua negara dan delegasi asing yang menghadiri acara berprestij di Kuala Lumpur itu.

Akui penganjuran itu tidak mudah bagi Malaysia namun Anwar memuji kehebatan penjawat awam dan menteri-menteri terlibat termasuk rakyat dalam menjayakan persidangan itu.

Katanya, pemimpin-pemimpin luar melahirkan rasa kagum terhadap persiapan Malaysia dalam penganjuran berkenaan.

“Pagi tadi dalam perhimpunan Jabatan Perdana Menteri, saya luahkan isi hati saya begitu hebatnya penjawat awam dan menter-menteri dalam melaksanakan tugas…sektor swasta, hotel, peniaga dan rakyat biasa untuk menjayakan ASEAN. Bukan mudah.

“ASEAN sahaja program yang libatkan 10 negara. Dengan protokolnya, perbincangan masalah-masalah pokok, substantifnya kemudian kali pertama dalam sejarah kita di ASEAN itu melibatkan negara-negara teluk (Majlis Kerjasama Teluk-GCC) Negara GCC ini yang kita tahu melibatkan kedudukan Emir, Raja Perdana Menteri dan Putera Raja. (Seperti) Kuwait, Bahrain tetapi kerana mereka lihat persiapan begitu baik, ini yang mereka ceritakan kepada saya, termasuk China.

“Semuanya kagum dengan disiplin, kebersihan, protokol (dan) kenderaan yang disediakan walaupun kenderaan kita (sediakan) itu relatifnya kecil kerana kita guna EV (kereta elektrik e.MAS 7). Kemudian, polis…keselamatan. Itu jentera kerajaan.

“Secara keseluruhannya, ribuan orang bekerja bertungkus lumus dengan penuh semangat termasuk di dewan persidangan,” katanya dalam satu klip video dimuat naik ke akaun Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata layanan diberi di hotel penginapan juga mendapat pujian para delegasi.

Beliau turut menyebut bahawa pertunjukan budaya yang dipersembahkan juga sudah mencapai taraf antarabangsa malah tidak timbul rasa bosan ketika menontonnya.

“Saya rasa inilah rahsia kita bekerja sebagai satu pasukan yang kukuh. Semua kementerian. Semua menteri itu ditugaskan meyambut ketua-ketua negara asing, dilibatkan dalam mesyuarat-mesyuarat yang berasingan.

“Jadi, Alhamdulillah kita bangga kerana kekuatan dan semangat yang ditunjukkan. Terima kasih,” katanya.

Malaysia menjadi tuan rumah penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN kali ini dan pada masa sama turut menganjurkan  Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China.

*Foto : Facebook ASEAN

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.