nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

5 projek sakit di Sarawak perlu disiapkan dalam RMK13

30 MEI : Lima projek sakit yang melibatkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Sarawak perlu disiapkan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan arahan itu, hari ini.

“Saya memandang serius mengenai isu lima projek yang mengalami kelewatan pelaksanaan akibat masalah tapak, faktor cuaca dan pertindihan jajaran utiliti.

“Oleh kerana RMK13 akan dibentangkan dalam sesi Dewan Rakyat akan datang maka sebarang projek bermasalah diputuskan untuk disegerakan dan tempohnya mesti diselesaikan dalam RMK13 iaitu dari Rolling Plan 1 hingga 5.

“Contohnya, bukan projek bermasalah, tetapi projek yang ditangguhkan seperti Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Lawas yang sudah mendapat kelulusan tetapi belum dilaksanakan. Arahan saya agar dalam projek MRSM ini mesti dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Khas Pelaksanaan Projek Pembangunan KKDW Sarawak, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri KKDW berkata projek membina 14 rumah penduduk terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri Januari lalu akan dilaksanakan selepas sambutan Hari Gawai.

“Tanah yang sesuai sudah diperoleh seperti yang ditentukan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA) dengan pelaksanaannya oleh agensi kerajaan negeri,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, kerajaan komited memastikan rakyat Sarawak khususnya di luar bandar, menikmati kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik secara menyeluruh serta berterusan.

“Pendekatan strategik seperti mesyuarat khas ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memperkukuh kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, demi menjayakan agenda pembangunan inklusif dan seimbang untuk semua,” katanya.

Selain itu katanya, kerajaan juga merancang untuk menubuhkan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Sarawak di Kuching atau Samarahan dalam usaha memperluas peluang golongan belia di negeri itu melanjutkan pelajaran di peringkat pra-diploma, diploma dan asasi.

Beliau menyasarkan 1,000 pelajar akan memasuki KPTM itu nanti menjelang 2028 dalam bidang perniagaan, teknologi maklumat dan sains kemanusian.

Ahmad Zahid berkata Sarawak diperuntukkan sebanyak RM3.2 bilion melibatkan 403 projek pembangunan dengan nilai keseluruhan mencecah RM21.73 bilion.

Daripada jumlah itu, sebanyak 178 projek masih berada pada fasa pra-pelaksanaan manakala 91 daripadanya dijadualkan menerima Surat Setuju Terima (SST) selewat-lewatnya penghujung tahun 2025.

*Foto : Facebook Zahid Hamidi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.