nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Deklarasi KL penggunaan media sosial selamat diterima pakai Oktober ini

30 MEI : Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Penggunaan Platform Media Sosial yang Selamat dan Bertanggungjawab untuk Asia Tenggara akan diterima pakai secara rasmi pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, Oktober depan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata draf inisiatif yang dimulakan dan diketuai Malaysia itu sudah disahkan pada Persidangan Menteri-Menteri ASEAN Bertanggungjawab Terhadap Maklumat (AMRI) ke-17, 7 Mei lalu

“Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia telah memulakan dan mengetuai Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Penggunaan Platform Media Sosial yang Selamat dan Bertanggungjawab untuk Asia Tenggara.

“Draf Deklarasi ini telah disahkan pada Persidangan Menteri-Menteri ASEAN Bertanggungjawab Terhadap Maklumat (AMRI) ke-17 pada 7 Mei 2025, dan akan diterima pakai secara rasmi semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober 2025.

“Melalui Deklarasi ini, ASEAN memperkukuh usaha kolektifnya untuk mempromosikan tingkah laku dalam talian yang bertanggungjawab dalam kalangan warganya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikanD kenyataan menteri pada Asia-Pacific Telecommunity Ministerial Meeting (APT-MM) 2025 di Tokyo, hari ini.

Selain itu menurut Fahmi,  Malaysia juga sedang meneroka penubuhan Kit ASEAN untuk Keselamatan Dalam Talian yang bertujuan mengumpulkan sumber praktikal dan amalan terbaik daripada negara-negara anggota.

“Ini kerana kita mahu menangani cabaran keselamatan dalam talian yang unik bagi setiap negara,” katanya.

Dalam pada itu Fahmi berkata Malaysia juga kekal komited untuk bekerjasama dengan rakan serantau dalam membina persekitaran digital yang selamat, inklusif dan dipercayai.

“Menerusi kerjasama, saling percaya dan pembinaan kapasiti berterusan, kita dapat memastikan tiada siapa yang tercicir dalam era digital,” katanya.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.