nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKR masih belum terima permohonan keahlian Zafrul

31 MEI : PKR mengesahkan masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menyertai parti itu.

Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata parti itu hanya menerima permohonan melalui dalam talian.

“Merujuk kepada kenyataan Tengku Zafrul di laman sosial peribadi beliau, PKR belum menerima sebarang permohonan rasmi setakat ini.

“Untuk makluman, semua permohonan keanggotaan parti PKR dilakukan melalui kaedah memohon secara atas talian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri mengumumkan peletakan semua jawatan dalam UMNO dan keluar parti serta menyatakan hasrat untuk menyertai PKR.

Dalam pada itu, Fuziah berkata setiap permohonan keahlian akan melalui proses biasa yang diproses dan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Katanya, permohonan tersebut akan dipertimbangkan sewajarnya sebelum keputusan dibuat dengan mengambil kira pelbagai sudut pandang termasuk pandangan rakan rakan didalam Kerajaan Perpaduan serta pendapat akar umbi.

“Sementara itu, saya juga dimaklumkan, Tengku Zafrul akan menunaikan ibadah haji. PKR mendoakan agar beliau selamat pergi dan kembali serta memperoleh haji yang mabrur,” katanya.

Sebelum ini, angin bertiup kencang apabila dikhabarkan Tengku Zafrul berhasrat menyertai PKR namun reda selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam kenyataan malam tadi, Tengku Zafrul berkata tidak mudah untuk beliau membuat keputusan tersebut.

“Sebelum membuat keputusan ini, saya telah meminta nasihat dan pandangan daripada sahabat-sahabat saya dari dalam dan luar parti termasuk dari Presiden sendiri. Saya telah mengambil masa yang agak panjang untuk memikirkan keputusan ini secara mendalam terutamanya kerana UMNO adalah satu-satunya parti politik yang saya pernah sertai, sejak tahun 1997 lagi.

“Akhirnya, keputusan ini dibuat setelah bermuhasabah diri dan mengambil kira pelbagai faktor terutamanya faktor keserasian dan kesesuaian.

“Pada masa yang sama, saya telah menyatakan niat untuk menyertai PKR kepada Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Setiausaha Agung PKR. Saya akan mengikuti proses permohonan lazim untuk menjadi ahli PKR,” katanya.

Susulan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan mengingatkan bahawa tidak wajar bagi mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti rakan sewenang-wenangnya.

“Ini bagi mengelakkan berlakunya ketidakharmonian dalam kalangan parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan hingga tercetus pula prejudis dan prasangka berterusan mengenai tahap kesetiakawanan, keikhlasan dan kejujuran sesama sendiri dalam kalangan ahli akar umbi,” katanya.

Asyraf turut mengesahkan masih belum menerima surat peletakan jawatan Tengku Zafrul secara rasmi.

*Foto : Facebook Fuziah Salleh

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.