nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

AGC nafi dakwaan Mahathir pengampunan Anwar tidak sah

3 JUN : Jabatan Peguam Negara (AGC) menyangkal kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sah kerana tidak melalui suatu persidangan Lembaga Pengampunan.

Dalam satu kenyataan, hari ini, AGC menegaskan mesyuarat tersebut diadakan pada 16 Mei 2018 di Istana Negara yang turut dihadiri Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, ketika itu.

“Jabatan ini menegaskan bahawa suatu Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Kali Ke-51 telah diadakan pada hari Rabu 16 Mei 2018, jam 11.00 pagi, di Istana Negara, Kuala Lumpur.

“Mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V dan turut dihadiri antaranya oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri selaku Perdana Menteri ketika itu,” katanya AGC.

Jelas AGC, Sultan Muhammad V memperkenan rayuan pengampunan penuh dipohon Anwar itu.

“Atas nasihat Lembaga Pengampunan, Sultan Muhammad V bertitah perkenan bahawa rayuan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan dan diberikan pembebasan serta merta berkuat kuasa mulai dari tarikh persidangan Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,” kata jabatan itu.

Menurut AGC, bagi tujuan mesyuarat tersebut, Peguam Negara juga memberikan pendapat bertulis mengenai perkara itu selaras dengan Fasal (9), Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan untuk pertimbangan Lembaga Pengampunan.

Dalam pada itu, jabatan tersebut berkata pihaknya  memandang serius perkara itu sebagai isu yang melibatkan kepentingan Perlembangan dan institusi.

“AGC juga menegaskan bahawa sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat mengenai keputusan Lembaga Pengampunan adalah tidak wajar sama sekali,” kata kenyataan itu.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.