nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

8 persoalan Anwar boleh jadi rujukan PM lain

5 JUN : Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan tidak seharusnya dilihat dari sudut peribadi semata-mata.

Peguam, Noorazmir Zakaria berkata isu yang dibawa Anwar itu menyentuh persoalan besar berkaitan kedudukan dan kekebalan seorang Perdana Menteri dan bukan hanya usaha mempertahankan diri secara peribadi.

Katanya, sekiranya Mahkamah Persekutuan dibenarkan untuk mendengar dan memutuskan isu tersebut, keputusan tersebut boleh menjadi rujukan berautoriti untuk semua Perdana Menteri selepas ini.

“Persoalan yang dibangkitkan oleh Anwar adalah atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri…isu ini bukan tentang sama ada beliau menggunakan kedudukannya atau tidak.

“Sebaliknya, ia berkaitan dengan prinsip perundangan yang akan memberi kesan jangka panjang kepada institusi Perdana Menteri itu sendiri,” katanya kepada BBCPORTAL.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan termasuk sama ada seorang Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada tindakan saman.

Permohonan itu berkait kes saman sivil yang difailkan bekas penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther mengenai dakwaan serangan seksual yang didakwa berlaku tujuh tahun lalu.

Noorazmir Zakaria (kiri) dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Mengulas lanjut, Noorazmir berkata lapan persoalan undang-undang yang dikemukakan Anwar adalah penting untuk dinilai secara objektif oleh mahkamah tertinggi negara kerana ia boleh membantu memperjelas had kekebalan seseorang pemimpin dalam konteks Perlembagaan Persekutuan.

“Jika Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa tiada kekebalan, maka isu itu tidak akan timbul lagi untuk mana-mana Perdana Menteri selepas ini…ia boleh menjadi panduan penting dalam sistem perundangan negara.

“Proses undang-undang harus dihormati dan semua pihak wajar melihat isu ini dalam kerangka yang lebih luas lebih-lebih lagi membabitkan masa depan institusi dan prinsip undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata setiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk memfailkan apa-apa bentuk permohonan untuk mendapatkan keputusan mahkamah termasuk Perdana Menteri.

Namun katanya, Anwar tetap mempunyai pilihan dari sudut amalan demokrasi sekiranya beliau merasakan perbicaraan tersebut menjejaskan tugasnya sebagai Perdana Menteri.

“Setiap individu berhak menggunakan saluran undang-undang untuk mempertahankan diri…tetapi harus juga menilai sama ada permohonan tersebut mempunyai asas perundangan yang kukuh.

“Jika Anwar menganggap perbicaraan itu menganggu tugas sebagai Perdana Menteri, beliau boleh ambil cuti rehat sementara…itu adalah pilihan yang ada dari segi amalan demokrasi,” katanya.

*OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.