nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Aidiladha: PM ingatkan pengorbanan rakyat Gaza

6 JUN : Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, esok, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau pengorbanan saudara sesama Islam yang berkorban dalam mempertahankan wilayah mereka.

“Tatkala kita laungkan semarak takbir Aidiladha menyemai inti maksud kalimah Allahu Akbar, kita juga tidak akan lepas daripada ikhtiar membantu saudara kita berkorban mempertahankan kota dan wilayahnya dan pada masa yang sama terus dicengkam penderitaan khususnya di Gaza dan saudara kita yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook sempena Hari Raya Aidiladha, esok.

Beliau turut mengimbas kembali kisah insipiratif Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S.

“Kemuliaan dan semangat Hari Raya Aidil Adha sudah pasti tidak lepas daripada kisah inspiratif Nabi Ibrahim A.S bersama Nabi Ismail A.S yang dizahirkan melalui pengorbanan dilakukan menjunjung perintah Allah SWT.

“Selain ibrah pengorbanan seorang bapa dan Rasul, kisah Nabi Ibrahim A.S juga sarat dengan legasi kenabian pejuang kebenaran membawa mesej hikmah dan pesan pendidikan kenabian yang mewariskan model dakwah berorientasikan budaya wacana yang sihat dan segar.

“Nabi Ibrahim tidak berpidato secara monolog tetapi sering mengajak khalayaknya untuk berdialog dan berhujah yang meyakinkan sebagai rencana dan strategi merangsang keupayaan menilai dengan akal sihat serta menghargai kebenaran, sekaligus membina warga yang cerdas dan punya disiplin kendiri yang tinggi,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan sempat mendoakan agar seluruh umat Islam di Malaysia dan warga Malaysia yang sedang mengerjakan ibadah haji diberikan afiat serta kekuatan dalam mendepani tantangan di hadapan serta terus tawaduk bermunajat dalam rahmat dan perlindungan Ilahi.

Beliau turut berkongsi terjemahan Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hajj ayat 37.

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya’,” kongsinya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.