nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan rangka dasar ‘speed limiter’ untuk kenderaan berat

10 JUN : Kerajaan sedang merangka dasar untuk pelaksanaan wajib ‘speed limiter’ iaitu mengehadkn kelajuan terhadap kenderaan berat di negara ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata demikian susulan nahas bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang meragut 15 nyawa di KM 53 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Jeli-Gerik, awal pagi semalam.

Menurut Anthony, kerajaan sentiasa komited melindungi pengguna jalan raya daripada ancaman pemandu tidak bertanggungjawab.

“Kerajaan tidak akan berhenti dalam usaha memperkukuh dasar keselamatan jalan raya. Kami komited melindungi pengguna jalan raya terutamanya daripada ancaman pemandu tidak bertanggungjawab serta kenderaan berat yang tidak memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.

“Antara dasar yang sedang dirangka termasuklah pelaksanaan wajib speed limiter bagi kenderaan berat. Polisi ini sedang diteliti secara menyeluruh, termasuk menutup sebarang ruang manipulasi selepas ia dikuatkuasakan kelak,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Anthony memaklumkan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab atas nahas itu selepas siasatan lengkap.

“Sejurus kejadian, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat pengendali bas terlibat.

“Pada masa sama, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang melaksanakan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) ke atas bas serta syarikat terbabit mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Jalan (Akta 333) dan Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715),” katanya.

Dalam pada itu, Anthony menyifatkan nyawa yang terkorban dalam nahas itu bukan sahaja kehilangan besar buat keluarga tetapi juga kepada masa depan negara.

“Saya amat sedih dan terkesan menerima berita nahas tragis yang meragut 15 nyawa pelajar UPSI di Lebuhraya Timur-Barat, Gerik. Saya merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.

“Kejadian ini harus menjadi peringatan kepada semua pihak termasuk kerajaan, pengendali dan masyarakat bahawa tiada kompromi dalam soal keselamatan nyawa.

“Doa saya sentiasa mengiringi para mangsa dan ahli keluarga mereka yang sedang melalui saat yang amat sukar ini,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi semalam, bas yang membawa pelajar UPSI dari Terengganu ke kampus di Perak terlibat nahas yang meragut 15 nyawa berhampiran Tasik Banding, Perak.

Kesemua jenazah pelajar selamat dikebumikan selepas menjalani proses bedah siasat.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.