nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia intai kerjasama industri halal dengan Poland

10 JUN : Malaysia mengintai peluang kerjasama dengan Poland dalam sektor industri halal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia susulan permintaan dalam industri itu yang semakin tinggi.

Menurut Anwar, itu antara sektor yang dibincangkan dalam pertemuan dua hala dengan Presiden Poland, Andrzej Duda, hari ini selain potensi sektor-sektor lain untuk diteroka termasuk pertahanan.

“Mesyuarat ini telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk meneliti secara mendalam pelbagai bidang yang berpotensi untuk diterokai, termasuk sektor pertahanan.

“Kami turut membincangkan peluang dalam bidang kecerdasan buatan (AI), yang kini menjadi pemangkin utama kepada transformasi ekonomi digital di peringkat global.

“Kami juga membincangkan pelaburan dalam teknologi digital sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi masa hadapan, di samping menjajaki potensi kerjasama dalam industri halal yang semakin berkembang di Eropah dan mendapat permintaan tinggi, dengan Poland sebagai antara pintu masuk utama ke pasaran Kesatuan Eropah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Duda dalam sesi tertutup di Kompleks Perdana Putra, hari ini.

Terdahulu, Duda yang dalam rangka lawatan rasmi sulungnya ke negara ini disambut Perdana Menteri dan diberi sambutan rasmi.

Dalam pada itu, Anwar berkata Malaysia dan Poland turut menyentuh tentang perkongsian teknologi dalam sektor agrokomoditi yang boleh menyumbang kepada kelestarian industri makanan dan pertanian khususnya dalam adaptasi kepada perubahan iklim.

Kata Anwar yang juga Menteri Kewangan, pertemuan dengan Duda itu diadakan bagi menilai secara menyeluruh ruang kerjasama serta mengenal pasti skop hubungan yang boleh terus diperkukuh dan diperluaskan demi manfaat bersama kedua-dua negara.

“Sesi ini amat penting dalam konteks geopolitik dan ekonomi semasa memandangkan keperluan untuk memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa terutamanya antara Malaysia dan negara-negara Kesatuan Eropah seperti Poland yang semakin memainkan peranan strategik di peringkat global,” katanya.

Malah katanya, lawatan Duda ke Malaysia itu juga amat signifikan dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala serta meluaskan kerjasama strategik yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.

“Menariknya, lawatan Presiden Duda ini berlangsung selari dengan posisi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan Poland selaku Presiden Majlis Kesatuan Eropah (EU) bagi separuh pertama tahun 2025.

“Ini merupakan lawatan sulung beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan sebagai Presiden pada Ogos 2015, sekali gus mencerminkan hubungan erat dan mesra yang telah terbina antara kedua-dua negara sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun 1971, berlandaskan prinsip saling menghormati,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.