nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelarasan SST lebih progresif, tumpu golongan mampu

10 JUN : Pengumuman Kementerian Kewangan (MoF) mengenai pelaksanaan semakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan berkuat kuasa 1 Julai ini dilihat sebagai langkah ke arah sistem percukaian yang lebih progresif dan adil kepada semua lapisan rakyat.

Pakar ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berpendapat matlamat utama peluasan tersebut untuk menjadikan SST sebagai cukai yang lebih progresif di mana ia berbeza dengan pendekatan cukai tidak langsung yang lazimnya bersifat regresif.

“Cukai tidak langsung seperti SST sebelum ini biasanya dilihat sebagai satu sistem cukai yang regresif kerana setiap orang perlu membayar beban cukai yang sama…kadarnya akan dilihat lebih tinggi berbanding dengan pendapatan setiap kumpulan pengguna.

“Namun, pengenalan kadar cukai yang lebih tinggi sehingga 10 peratus ke atas barangan makanan mewah dan pembelian aset mewah selepas ini akan menjadikan cukai ini lebih banyak dikenakan kepada kumpulan yang berpendapatan tinggi (T10)…dengan mengenakan kadar yang lebih tinggi kepada golongan tersebut, cukai ini akan dilihat lebih progresif,” katanya kepada BBCPORTAL.

Terdahulu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan kerajaan akan melaksanakan semakan kadar Cukai Jualan secara bersasar serta peluasan skop Cukai Perkhidmatan yang berkuat kuasa mulai 1 Julai depan.

Mengulas lanjut, Barjoyai berkata selain keadilan dari sudut kutipan, peluasan SST juga dilihat satu langkah alternatif yang lebih diterima berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang sebelum ini dikritik ramai kerana dirasakan membebankan golongan berpendapatan rendah.

Selain itu, Barjoyai berkata peluasan tersebut juga dijangka tidak membebankan golongan B40 dan M40 selagi kerajaan memastikan kawalan harga dijalankan secara ketat.

“Hampir semua barang keperluan asas di kecualikan dari kenaikan kadar ini dan sebahagian kecil barangan yang dikenakan pada kadar 5 peratus…ia termasuk makanan mewah seperti caviar, abalon dan lobster (udang karang).

“Ia tidak akan membebankan kumpulan pengguna B40 dan M40 jika pengawalan dan pemantauan ketat di lakukan oleh agensi kerajaan bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan untuk menaikan harga kesan daripada penyelarasan kadar dan skop cukai ini,” katanya.

OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.