nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lori langgar trak FRU bawa muatan tidak dibenarkan, berlebihan

12 JUN : Lori yang membawa muatan batu kerikil disahkan memasuki laluan bertentangan menyebabkan pertembungan secara langsung dengan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hingga meragut sembilan nyawa pada 13 Mei lalu.

Perkara itu disahkan melalui Laporan Awal Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan Pasukan Petugas Khas Kementerian Pengangkutan Malaysia 146 muka surat dikeluarkan, hari ini.

Laporan itu menyebut lori berkenaan melanggar Seksyen 57(1)(b)(i) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 kerana membawa muatan selain yang dibenarkan.

Lori berkenaan dikesan membawa batu kerikil sedangkan jenis badan kenderaan adalah Lori Rigid – Coal (LDC) yangi hanya dibenarkan membawa muatan arang batu.

“Muatan berlebihan (BDM 40,960 kg) iaitu sebanyak 70.67 peratus daripada had yang dibenarkan (BDM 24,000 kg),” kata laporan itu.

Selain itu, lori berkenaan turut gagal audit JPJ Inspection and Safety Audit (JISA) di mana hanya patuh pada 15 peratus berbanding markah minimum lulus sebanyak 70 peratus.

“Kesemua tujuh komponen mandatori juga gagal,” menurut laporan itu.

Sementara itu, rekod Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menyebut lori berkenaan lulus pemeriksaan pada 21 Mac 2025 namun gagal sebanyak dua kali pada 20 September 2024.

“Pada 21 Mac 2025 lulus 63 peratus, pada 20 September 2024 gagal bahagian brek dan keseluruhan pada kadar 36 peratus dan 45 peratus,” katanya.

Sementara itu, siasatan dijalankan selepas kemalangan mendapati kesemua enam brek drum dan pelapik lori tipper berada dalam keadaan baik, tiada tayar celup atau salji digunakan serta saiz tayar mematuhi kelulusan pelan teknikal.

Namun laporan itu menyebut fungsi stereng tidak dapat disahkan sepenuhnya memandangkan ia rosak teruk dipercayai akibat kemalangan.

Dalam kejadian di Teluk Intan itu, sembilan anggota FRU maut sementara sembilan lagi tercedera selepas terlibat dalam kemalangan itu.

Pemandu lori tipper milik syarikat Tashveen Trading, Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45 yang kemudiannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pada 16 Mei lalu mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan memandu dengan berbahaya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.