12 JUN : Malaysia menzahirkan rasa dukacita atas tragedi pesawat Air India yang terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Ahmedabad, India, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah mewakili kerajaan dan rakyat negara ini.
“Saya amat berdukacita apabila mendapat tahu tentang nahas tragis Penerbangan Air India 171 berhampiran Ahmedabad, India.
“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah yang tulus ikhlas kepada keluarga dan orang tersayang mangsa-mangsa yang terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.
Dalam kejadian itu, kesemua 242 penumpang termasuk 12 anak kapal disahkan maut.
Menurut Anwar, Malaysia turut merasai kesedihan yang dialami India dan bersolidariti penuh sementara bantuan diteruskan.
“Doa dan ingatan kami sentiasa bersama mangsa serta semua yang sedang meratapi kehilangan yang amat menyayat hati ini,” katanya.
*Foto : Facebook The Times of India