nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelaburan naik bukan kebetulan, tapi keyakinan terhadap Malaysia

12 JUN : Pelaburan RM89.8 bilion yang diluluskan bagi suku pertama tahun ini bukan kebetulan sebaliknya ia berpaksi kepada keyakinan pelabur terhadap kesediaan Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian merujuk kepada laporan terkini Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang memaklumkan angka pelaburan itu dengan peningkatan kukuh sebanyak 3.7 peratus yang dijangka mampu mewujudkan lebih 33,000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat di negara ini.

“Saya sebut juga bahawa Malaysia berjaya mencatat RM89.8 bilion pelaburan untuk suku pertama tahun 2025 di kala dunia terus kacau bilau dan tidak menentu akibat perang dagang, tarif dan sebagainya.

“Ini bukan kebetulan tetapi pelaburan muncul kerana keyakinan bahawa tenaga kerja kita bersedia untuk memenuhi keperluan industri seperti pengurusan, pembuatan dan juga sektor teknikal,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari TVET Negara 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, hari ini.

Menyentuh soal perkembangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini, Anwar berkata usaha semua pihak kini sudah membuahkan hasil dengan peningkatan dari segi keyakinan pelajar dan ibu bapa terhadap aliran itu.

Malah dengan ketersediaan tenaga mahir di negara ini mampu menarik syarikat-syarikat besar ke negara ini yang dibuktikan dengan nilai pelaburan diterima.

“Saya tegaskan betapa dua tahun lalu, kita menghadapi kesukaran untuk meyakinkan syarikat dan konglomerat besar tentang keupayaan kita menyediakan tenaga mahir yang memenuhi keperluan industri.

“Namun, hari ini keadaan sudah jauh berubah dan kebimbangan itu mula terurai tatkala kita berjaya mencatat hampir setengah juta anak muda untuk memilih TVET.

“Ia merupakan satu gambaran jelas tentang usaha kolektif dan keyakinan ibu bapa dan rakyat terhadap masa depan anak-anak mereka,” katanya.

Selain itu, Anwar menegaskan kejayaan itu merupakan hasil kerja dalam pasukan dan beliau turut menekankan bahawa pendidikan bukan sekadar menggarap ilmu, namun ia cerminan kepada pembinaan insan yang tidak hanya menyumbang kepada watan tetapi tinggi nilai serta adab.

“Saya tegaskan juga bahawa ini adalah hasilnya apabila kita bekerja sederap bersama pasukan, tidak sama sekali mendabik dada bahawa ianya hanya usaha dan inisiatif mana-mana menteri atau mana-mana kementerian sahaja.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

“Madani mesti disemangati dengan sikap berpasukan yang tinggi dan jauhi sikap ujub yang berlebihan. Justeru, jangan kita perkecilkan usaha dalam memantapkan TVET.

“Mari bersama kita semarakkan TVET kerana ia ternyata menjadi antara jalan dan jalur melonjakkan negara tanpa meninggalkan nilai,” katanya.

Pada majlis itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk TVET Negeri Melaka selain tambahan RM50 juta kepada Majlis TVET Negara untuk mengendali program TVET, teknikal dan keusahawanan.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.