13 JUN : Israel menyerang kemudahan nuklear Iran di Natanz termasuk menyasarkan kilang peluru berpandu.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengesahkan serangan itu melalui satu klip video dengan menggelarnya sebagai ‘rising lion’.
Kata Netanyahu, Israel mensasarkan saintis Iran yang terlibat dalam pembangunan senjata nuklear, program peluru berpandu balistik serta fasiliti pengayaan uranium di Natanz.
Dalam pada itu, media Iran melaporkan, serangan itu bermula sekitar jam 3 pagi waktu tempatan pada Jumaat yang menyasarkan kemudahan ketenteraan, nuklear dan kawasan kediaman.
Sebagai tindak balas, Iran melancarkan lebih 100 dron ke arah Israel dalam beberapa jam lalu dan usaha pemintasan sedang dijalankan.
Susulan itu, Jordan mengumumkan penutupan sementara ruang udaranya.