nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PDRM teliti kelompangan siasatan kes Yusoff Rawther

13 JUN : Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu dan akan meneliti penghakiman penuh kes perbicaraan melibatkan bekas pembantu penyelidik ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ia bagi melihat sekiranya wujud kelompangan dan kelemahan ketika siasatan dijalankan.

“PDRM mengambil maklum dan menghormati serta mengalu-alukan reaksi dan pandangan yang dikemukakan semua pihak berhubung keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Yusoff Rawther. Pandangan tersebut mencerminkan satu hasrat murni untuk memastikan sistem keadilan jenayah negara terus menjunjung prinsip keadilan dan hak asasi manusia.

“PDRM bersedia menambahbaik melalui penilaian dalaman dan semakan semula SOP penyiasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, mahkamah melepas dan membebaskan Yusoff Rawther tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan, tahun lalu.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie pada akhir pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan.

Dalam pada itu, Razarudin berkata setiap laporan polis yang dilaporkan akan disiasat dengan adil dan tanpa prejudis meski ia melibatkan suspek berprofil tinggi termasuk dalam kes Yusoff Rawther itu.

“Keputusan untuk pertuduhan dilaksanakan selaras dengan Per.145(3) Perlembagaan Persekutuan yang diputuskan Jabatan Peguam Negara (AGC),” katanya

Jelasnya, laporan polis dibuat Yusoff Rawther pada 12 September 2024 juga disiasat dengan dua kertas siasatan dibuka berkait penemuan dadah dan pistol.

“Tiada keperluan untuk mengambil kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes tersebut memandangkan tindakan tersebut sudah diambil ketika aduan dibuat Yusoff Rawther di peringkat awal.

“Pada peringkat tersebut PDRM mengemukakan ke pejabat AGC dengan cadangan pertuduhan untuk kedua-dua kes tersebut dan berpuas hati bahawa setakat keterangan yang ada pada masa tersebut adalah mencukupi untuk menuduh Yusoff Rawther tanpa memanggil mana-mana pihak lain untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Menurut Razarudin, seperti mana kes lain yang diputuskan mahkamah sebelum ini, pihaknya sentiasa cakna dengan keputusan-keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada PDRM dan sentiasa mengambil tindakan proaktif dalam meningkatkan kualiti siasatan serta mengoptimumkan pendakwaan.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.