nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anwar umum RM30 juta bantu media tempatan

14 JUN : Sebanyak RM30 juta diperuntukkan kerajaan bagi membantu organisasi media melaksanakan transformasi digital dan penggunaan teknologi baharu dalam penerbitan kandungan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan itu merupakan yang terbesar pernah disalurkan kerajaan kepada industri media sejak negara mencapai kemerdekaan.

“Pelaksanaan transformasi digital dalam dunia kewartawanan perlu digerakkan melalui pelbagai cara termasuk bantuan dana kerajaan, penyediaan latihan serta pendedahan khususnya kepada wartawan muda.

“Langkah ini penting bagi memastikan industri kewartawanan tidak ketinggalan dalam arus perubahan melibatkan kecerdasan buatan (AI) di samping memastikan keseimbangan dalam penggunaan teknologi tersebut dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mjlis Kemuncak Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata meskipun perkembangan tersebut membawa cabaran tersendiri, media diingatkan agar tidak mengabaikan keutamaan sebenar iaitu mempertahankan nilai serta etika kewartawanan yang berteraskan kebenaran dan keadilan.

Dalam pada itu, Anwar turut menekankan kebebasan media di Malaysia tetap perlu berlandaskan adab serta nilai kesopanan dan ia  tidak boleh disamakan dengan kebebasan mutlak seperti yang sering disalah anggap.

“Dalam konteks Malaysia yang sering dicurigai mengandaikan bahawa Perdana Menteri harus mempunyai kuasa mutlak untuk memberikan kebebasan penuh…tidak ada negara di dunia yang menjamin kebebasan sepenuhnya.

“Ia terikat kepada landasan dan semangat Perlembagaan, dengan sistem dan keseimbangan dalam pemerintahan dan apa yang dinasihatkan, dipedoman oleh raja-raja Melayu untuk menjamin keharmonian dan kesantunan,” katanya.

Dalam majlis itu, Anwar turut menyampaikan Anugerah Khas HAWANA kepada bekas Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Allahyarham Rozaid Abdul Rahman yang diwakili anak sulungnya, Roz Ariffin atas sumbangan besarnya dalam dunia kewartawanan selama lebih 40 tahun.

Allahyarham Rozaid dikenang sebagai tokoh berpengaruh yang bukan sahaja pernah menemuramah tokoh utama Parti Komunis Malaya (PKM) dan membuat liputan penting seperti rampasan kuasa di Thailand, tetapi juga pelopor berita digital negara dengan pencapaian termasuk membangunkan mStar Online, melancarkan Sinar Daily versi bahasa Inggeris akhbar Sinar Harian serta menjadi rakyat Malaysia pertama menerima Anugerah Media Digital Asia 2015 di Hong Kong.

Rozaid meninggal dunia pada 18 Ogos 2024 akibat serangan jantung dan perginya disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

HAWANA 2025 yang bertemakan ‘Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika’ berlangsung tiga hari sejak semalam yang dihadiri kira-kira 1,000 tetamu terdiri daripada pengamal media tempatan serta antarabangsa.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

*OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.