nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Institusi pendidikan, latihan swasta dikecualikan bayaran levi

14 JUN : Kerajaan mengecualikan pembayaran levi selama setahun mulai 1 Januari depan kepada semua institusi pendidikan dan latihan swasta di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengecualian itu memberi ruang kepada institusi menumpu kepada usaha meningkat mutu pendidikan dan latihan.

Ini termasuk prasekolah; sekolah rendah dan menengah; institusi vokasional dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET); institusi pengajian tinggi (IPT) serta pusat latihan kemahiran.

Kata Anwar, ia selaras usaha negara mempersiapkan anak-anak muda untuk menguasai teknologi digital, kecerdasan buatan (AI), peralihan tenaga dan tampil lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan.

“Percayalah Kerajaan MADANI akan mencari kaedah dan peruntukan untuk yang sebaiknya untuk membantu anak-anak kita.

“Hari ini, setelah banyak pandangan daripada institusi pendidikan dan latihan yang minta supaya pembayaran levi bagi prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, pendidikan vokasional, institusi pendidikan tinggi dan institusi latihan umumnya mereka minta kalau boleh (dikecualikan).

“Pertama kali dalam sejarah, kerajaan mengumumkan pengecualian pembayaran levi selama setahun bagi semua institusi pendidikan mulai 1 Januari 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kemuncak Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2025 di Bukit Jalil, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut meminta Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Sumber Manusia menumpu serta memantau supaya institusi latihan ini memberikan yang sebaiknya.

“Selain itu, pantau juga syarikat-syarikat swasta yang catat keuntungan tinggi untuk berikan pulangan sedikit kepada pekerja.

“Ini yang saya bangkitkan masa Hari Pekerja dan saya ucapkan terima kasih kepada syarikat yang menaikkan kadar upah lebih tinggi,” katanya.

Buat pertama kalinya, NTW 2025 yang dianjur HRD Corp dibuka kepada semua warganegara ASEAN.

NTW kali ini menawarkan lebih 65,000 peluang latihan percuma di seluruh negara dan secara dalam talian.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.