nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Brek, kegagalan mekanikal bukan punca nahas bas di Gerik

14 JUN : Punca nahas membabitkan sebuah bas di Gerik yang meragut 15 nyawa Isnin lalu bukan disebabkan masalah brek atau kegagalan mekanikal pada kenderaan tersebut.

Penemuan itu didedahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke melalui laporan awal yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, penemuan itu dibuat Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) melalui laporan awal teknikal yang disedakan.

“Berdasarkan laporan awal teknikal yang disediakan oleh Puspakom, keadaan fizikal bagi brek bas, kesemua brake lining dan brake drum bagi semua gandar masih berada di dalam keadaan yang memuaskan. Tidak terdapat sebarang ketidakseragaman pada brake drum mahupun kenipisan pada brake lining. Tiada petunjuk kegagalan mekanikal pada aspek-aspek ini yang boleh dikaitkan secara langsung sebagai punca kemalangan.

“Dari pemeriksaan fizikal tayar, didapati ketebalan bunga tayar dalam keadaan yang memuaskan dan mematuhi piawaian yang ditetapkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan. Komponen bahagian steering dan suspensi secara menyeluruh adalah dalam keadaan memuaskan.

“Berdasarkan pemerhatian dan siasatan teknikal, tiada bukti merujuk kepada kegagalan sistem mekanikal yang menyebabkan kemalangan.

“Oleh yang demikian, kemungkinan besar kemalangan berlaku berpunca dari faktor-faktor lain seperti faktor manusia, keadaan jalan dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Anthony, langkah penambahbaikan yang bersesuaian akan dipertimbangkan dan dilaksanakan berdasarkan penemuan akhir nanti, bagi memastikan keselamatan jalan raya terus dipertingkatkan.

“Kementerian Pengangkutan (MOT) ingin menegaskan bahawa keselamatan pengguna jalan raya adalah keutamaan kami.

“Penguatkuasaan terhadap pematuhan piawaian keselamatan, kelayakan pemandu dan pemantauan operasi syarikat pengangkutan akan terus diperketat secara berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa dan menyatakan pihaknya komited untuk memastikan keadilan ditegakkan serta tragedi sebegini tidak berulang.

Dalam kejadian awal pagi itu, bas yang membawa 42 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dari Terengganu ke kampus Tanjung Malim hilang kawalan sebelum melanggar belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Alza.

Perlanggaran itu menyebabkan bas itu terbalik dan kereta tersebut terbabas ke jalan bertentangan.

Sebuah rakaman papan pemuka tular menunjukkan bas tersebut memotong pemilik rakaman itu sebelum merempuh Alza tersebut.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.