nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lembaga Pengasas MMM diumum dalam masa terdekat

4 JUN : Kerajaan mengumumkan Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia (MMM) sudah dimuktamadkan yang akan dianggotai 12 wakil dan bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata penubuhan MMM merupakan antara pencapaian signifikan dalam landskap media negara sejak perbincangan berkenaan perkara itu dibawa ke Parlimen lebih lima dekad lalu.

“Lembaga Pengasas bagi Majlis Media Malaysia sudah dimuktamadkan dan akan diumumkan dalam masa terdekat. Ini menandakan satu langkah penting dalam usaha memperkukuh sistem media negara…perkara ini diperjuangkan sejak ia mula dibangkitkan di Parlimen pada tahun 1974.

“Lembaga pengasas badan itu akan dianggotai wakil syarikat media, persatuan media, pengamal media, pengamal bebas dan ahli bukan media dari setiap negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucapa sempena kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 yang dihadiri lebih 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024 (RUU MMM 2024) diluluskan Parlimen pada Februari lalu.

RUU yang mengandungi 23 Fasal itu bagi menubuhkan badan kawal selia kendiri untuk menjaga kepentingan media dan pengamal media.

Sementara itu, dalam ucapannya, Fahmi turut mengalu-alukan kehadiran media dari negara ASEAN serta menyifatkan mereka sebagai rakan strategik dalam memperkukuh perpaduan serantau sebagai sebahagian daripada agenda Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025.

“Malaysia berbangga dapat menyediakan platform untuk suara-suara serantau bersatu menangani cabaran bersama, memacu pertumbuhan mampan dan memperkukuh perpaduan antara negara,” katanya.

Dalam perkembangan sama, bagi menghargai pengamal media, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi dengan kerjasama AirAsia mengumumkan tawaran diskaun 50 peratus secara one-off ke atas tambang asas penerbangan pergi dan balik ke 57 destinasi ASEAN kepada semua pemegang Kad Perakuan Media Malaysia berdaftar.

Katanya, inisitif tersebut menyokong peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dengan memperkukuh hubungan serantau dan pertukaran budaya merentas 57 destinasi ASEAN.

Selain itu, Fahmi berkata melalui kerjasama BERNAMA dan PERKESO, seramai 531 pengamal media sambilan menerima perlindungan sosial di bawahSkim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) tahun lalu dan inisiatif tersebut diteruskan tahun ini dengan peruntukan RM31,171.

Kerajaan juga turut memperluas manfaat kepada caruman i-Saraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan peruntukan RM15,930 bagi menjamin simpanan persaraan pengamal media.

HAWANA 2025 yang membawa tema ‘Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika’ menekankan keperluan pengamal media menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) tanpa mengabaikan prinsip etika, ketepatan maklumat dan tanggungjawab sosial.

*FOTO : FACEBOOK FAHMI FADZIL

*OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.