16 JUN : Konflik antara Iran dan Israel yang memasuki hari keempat kian memuncak dengan kedua-duanya saling berbalas serangan udara yang menyebabkan kerosakan pada bangunan dan angka korban semakin meningkat.
Serangan peluru berpandu dilancarkan Iran ke Israel pada pagi Isnin mengegar negara rejim itu dan setakat ini Portal CBC melaporkan 24 terkorban di Israel.
Iran dalam satu kenyataan rasmi mengesahkan melancarkan kira-kira 100 peluru berpandu bagi membalas serangan Israel ke atas infrastruktur tentera dan nuklear, sebelum ini.
Dalam kejadian minggu lalu itu, Iran mendakwa 224 nyawa terkorban.
Sementara itu, tentera Israel dilaporkan mendakwa 370 peluru berpandu dan ratusan dron dilancarkan Iran menyebabkan lebih 500 orang cedera.
*Foto : Facebook Kounal Banerjee