nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRIME tingkat kesiapsiagaan ketika bencana, kecemasan

16 JUN : Kementerian Komunikasi melancarkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME), hari ini dalam usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam berdepan bencana dan kecemasan di tempat awam.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata PRIME merupakan sistem komunikasi bersepadu bergerak berasaskan kenderaan yang dilengkapi teknologi satelit, selular, radio dua hala, Wi-Fi dan dron.

“Sistem PRIME ini berfungsi sebagai sokongan interim komunikasi membolehkan operasi menyelamat, pengurusan bantuan dan penyampaian maklumat dijalankan secara berkesan bersama agensi-agensi berkaitan termasuk di kawasan terpencil atau terjejas liputan,” kata MCMC dalam kenyataan itu.

Pelancaran itu disempurnakan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di Cyberjaya, hari ini yang turut disaksikan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengerusi Eksekutif MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Dalam pada itu, MCMC memaklumkan PRIME berkeupayaan memastikan ketersambungan komunikasi yang stabil, fleksibel dan boleh dipercayai ketika operasi bantuan terutamanya apabila liputan komunikasi rangkaian terestrial sedia ada terganggu atau terhad.

Selain itu, kata MCMC, pelaksanaan PRIME juga akan memperkukuh kerjasama antara pihaknya dengan pelbagai agensi strategik dalam pengurusan bencana dan kecemasan, sekali gus meningkatkan kecekapan tindak balas dan ketahanan komunikasi negara.

“PRIME juga turut menyokong program jangkauan komuniti seperti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai hab digital bergerak yang membolehkan perkhidmatan Internet dipamerkan dan aktiviti komuniti dilaksanakan terus di lokasi sasaran.

“Inisiatif ini akan menyumbang kepada pembangunan ekosistem komunikasi yang lebih inklusif dan responsif serta menjadi pemangkin kepada transformasi digital masyarakat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI,” kata MCMC.

Sebagai permulaan, tiga unit PRIME akan dibangunkan secara berperingkat di lokasi berbeza.

“Unit pertama yang dilancarkan hari ini akan ditempatkan di Ibu Pejabat MCMC bagi menyokong operasi di Semenanjung Malaysia.

“Manakala dua (2) lagi unit akan disiapkan menjelang akhir 2025 dan ditempatkan di Pejabat MCMC di Sabah dan Sarawak,” kata kenyataan itu lagi.

*Foto : Facebook Mohamad Fauzi Md Isa

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.