nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Grid Tenaga ASEAN visi rantau yang saling berhubung

17 JUN : Grid Tenaga ASEAN (APG) bukan sekadar infrastruktur fizikal tapi visi rantau yang saling berhubung, berkongsi keselamatan tenaga dan membina kemakmuran bersama.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata dengan menghubungkan grid nasional, negara sedang membina tulang belakang kepada pasaran tenaga ASEAN yang benar-benar bersepadu.

Namun katanya, untuk mencapai matlamat itu komitmen politik, kerjasama teknikal dan strategi pelaburan pintar amat diperlukan.

“Kita perlu peraturan yang seragam, pasaran yang telus dan inovasi digital bagi membolehkan perdagangan kuasa masa nyata merentas sempadan.

“Dalam erti kata lain, APG melambangkan kekuatan dalam kepelbagaian kita dan keupayaan untuk membina masa depan yang lebih hijau, lebih inklusif dan lebih selamat bersama-sama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas menghadiri Majlis Makan Malam Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN ke-43 Mengenai Tenaga (SOME) ‘Menjana ASEAN: Merentasi Sempadan, Membina Kemakmuran’ di Kuching, malam tadi.

*FOTO : FACEBOOK FADILLAH YUSOF

Katanya, Mesyuarat SOME ke-43 itu merupakan langkah penting dalam usaha kolektif ke arah memperkukuh kerjasama tenaga, menghadapi cabaran semasa dan merebut peluang baharu dalam landskap tenaga global.

“Kita berhimpun bukan sahaja untuk membincangkan agenda tenaga serantau tetapi juga untuk mengukuhkan hubungan, berkongsi aspirasi dan memperkukuh semangat kerjasama ASEAN.

“Kehadiran negara anggota ASEAN di sini membuktikan semangat perpaduan dan komitmen terhadap wawasan bersama bagi mewujudkan komuniti ASEAN yang inklusif dan mampan seperti yang digariskan dalam Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045,” katanya.

Mengulas lanjut, Fadillah melahirkan keyakinan melalui Perjanjian Persefahaman (MoU) APG yang dipertingkatkan serta dokumen Pelan Tindakan ASEAN untuk Kerjasama Tenaga 2026–2030 akan mempercepatkan integrasi tenaga rantau ini selain menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara-negara ASEAN.

“Dalam tempoh dua hari akan datang, kita akan mengadakan sesi dialog bersama Rakan Dialog dan Organisasi Antarabangsa yang akan berlangsung selari dengan SOME ke-43.

“Kehadiran Rakan Dialog dan organisasi antarabangsa amat penting. Kepakaran, kemajuan teknologi dan sokongan pelaburan daripada mereka amat diperlukan untuk menangani isu penyahkarbonan, meneroka teknologi tenaga baharu dan membina infrastruktur yang berdaya tahan.

“Melalui kerjasama pelbagai pihak inilah kita mampu mempercepatkan kemajuan ke arah masa depan tenaga yang lebih bersih dan selamat,” katanya.

Fadillah berkata Malaysia tetap komited terhadap peralihan tenaga dan sedang meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui, menambah baik kecekapan tenaga serta meneroka penyelesaian inovatif ke arah ekonomi rendah karbon.

“Melalui kerjasama dan perkongsian ilmu, kita boleh membuka potensi besar dalam sektor tenaga dan mendorong perubahan bermakna.

“Dengan pertumbuhan ekonomi yang semakin pesat dan populasi bandar yang terus meningkat, permintaan terhadap tenaga yang mampu milik, selamat dan mampan juga meningkat.

“Dalam menghadapi kesan perubahan iklim, pilihan yang kita buat hari ini akan menentukan kesejahteraan generasi akan datang,” katanya.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.