nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada rakyat Malaysia yang menua dalam ketakutan : PM

17 JUN : Kerajaan bertekad agar tiada rakyat di negara ini yang menua dalam ketakutan terhadap kemiskinan.

Justeru itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata satu kaedah yang boleh menjamin pendapatan sepanjang hayat untuk warga emas perlu dibina.

Katanya, semua pihak perlu memikirkan kaedah itu khusus untuk mereka yang berpendapatan terhad sepanjang hayat.

“Warga emas Malaysia hari ini lebih sihat, lebih berpendidikan dan lebih berkemampuan berbanding sebelum ini. Dengan sokongan yang betul, ramai yang masih boleh terus menyumbang melalui pekerjaan, bimbingan atau khidmat masyarakat.

“Di seluruh dunia, negara-negara sedang menilai semula dasar tenaga kerja dan persaraan sebagai respons terhadap jangka hayat yang lebih panjang, lebih sihat serta perubahan dalam kecenderungan kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2025 (ISWC 2025) anjuran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di ibu negara, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata negara kini fokus kepada pelaburan dalam kesihatan terutama yang melibatkan penjagaan pencegahan, pendidikan kesihatan awam dan sistem sokongan berasaskan komuniti.

Menurutnya, memandangkan ekonomi umur panjang global diunjur melebihi AS$65 trilion menjelang 2030 maka Malaysia mesti melabur dalam sistem kesihatan, penjagaan sosial, perumahan, alat kewangan dan industri yang menyokong masyarakat menua sekiranya ingin menjadi peneraju yang proaktif.

Katanya, purata jangka hayat rakyat Malaysia kini adalah 76 tahun namun hanya 67 tahun dalam keadaan sihat dan selebihnya berada dalam keadaan kesihatan yang kurang baik.

Menyedari keadaan itu, Anwar berkata kerajaan sudah melaksanakan pelbagai agenda termasuk Kertas Putih Kesihatan yang berteras pencegahan, akses saksama dan reformasi menyeluruh sistem kesihatan.

Malah katanya, peruntukan kepada sektor kesihatan yang ditambah kepada RM45.3 bilion (naik 9.8 peratus) untuk sektor kesihatan itu membuktikan Malaysia kini sedang membina asas untuk negara yang lebih sihat dan berdaya tahan.

Kerajaan juga menggalakkan persaingan sihat dan membantu mengurangkan belanja rakyat melalui pemaparan harga ubat-ubatan yang baru dikuat kuasa.

*FOTO : FACEBOOK FAHMI FADZIL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.