KENYATAAN MEDIA
1. Hari ini (19/6/25), satu lagi sejarah ditempa dalam perundangan negara berikutan keputusan penghakiman terhadap pemakaian fatwa kepada sebuah organisasi yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
2. Walaupun ia tidak melibatkan fatwa terbabit secara keseluruhan, ia menjadikan fatwa tidak lagi berfungsi seperti yang sepatutnya.
3. Pertikaian antara perundangan syariah dan sivil akan terus berlaku. Setiap kali ia terjadi maka umat Islam di Malaysia akan resah tentang sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan kekecewaan.
4. Ia boleh melarat sehingga menghakis kepercayaan umat Islam terhadap keutuhan perundangan negara bagi menjamin kedaulatan undang-undang syariah.
5. Satu tindakan proaktif mesti diambil bagi menamatkan polemik ini.
6. Pihak perundangan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara sepatutnya menggunakan keterbukaan Majlis Raja-raja untuk berbincang bagi mengelakkan salah faham dan menamatkan keresahan umat Islam.
7. Sepatutnya inilah yang menjadi keutamaan YAA Tun Tengku Maimun ketika dilantik menjadi Ketua Hakim Negara pada tahun 2019 ketika pemerintahan Tun Mahathir.
8. Malangnya sehingga dipenghujung perkhidmatan beliau, keresahan umat Islam terus berpanjangan.
9. Maka dengan ini patik sembah mencadangkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, menimbangkan agar mana-mana individu yang bakal dilantik sebagai Ketua Hakim, mampu untuk memainkan peranan secara berkesan dalam mengharmonikan kedua-dua sistem perundangan ini.
Amidi Abdul Manan,
Ahli Majlis Pimpinan Pusat, PKR.